Dewan Rakyat lulus usul Speaker kosongkan jawatan dengan 111 undi setuju, 109 undi tolak

Usul supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya diluluskan selepas mendapat sokongan 111 Ahli Parlimen manakala 109 lagi menolak. Sumber (gambar): Fail TTF

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan (Speaker).

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hasan ketika sesi penggulungan menegaskan usul yang dibawa Muhyiddin supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu menggantikan Mohamad Ariff.

Menurut laporan, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon, yang berkata pemilihan Azhar dibuat selepas hanya ada seorang calon dikemukakan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.


PETALING JAYA: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan (Speaker).

Usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan 111 Ahli Parlimen manakala 109 lagi menolak.




Sebelum itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin membentangkan usul mengosongkan kerusi Speaker sebelum ianya dibahaskan kira satu jam 10 minit oleh empat Ahli Parlimen, masing-masing mewakili kerajaan dan pembangkang.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hasan ketika sesi penggulungan menegaskan usul yang dibawa Muhyiddin supaya Mohamad Ariff mengosongkan jawatannya dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Berita Harian, Takiyuddin berkata, usul itu juga tidak cacat dan diterima oleh Mohamad Ariff sendiri pada 29hb Jun lalu, mencakupi tempoh masa 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

Sementara itu, Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu menggantikan Mohamad Ariff.

Menurut laporan, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon, yang berkata pemilihan Azhar dibuat selepas hanya ada seorang calon dikemukakan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...