Dewan Ulamak PAS gesa kerajaan tegas perkukuh perundangan Islam dan Mahkamah Syariah.

TONTON JUGA: Di sebalik Kisah Anwar vs Mahathir vs Muhyiddin

HARAKAH: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa kerajaan tegas dalam memperkukuh perundangan Islam dan Mahkamah Syariah.

Ahli Jawatankuasa DUPP, Dr Razali Abdul Ghafar berkata perundangan Islam telah menjadi sebahagian daripada sumber dan sistem perundangan di Malaysia.

“Agensi-agensi pentadbiran hal ehwal agama Islam di Malaysia sama ada di persekutuan dan negeri memerlukan sokongan dan dukungan pelbagai pihak untuk memastikan kedudukan Islam sentiasa diperkukuh dan dipertahan,” katanya pada sesi pembahasan usul Muktamar Tahunan DUPP ke-63 di Kompleks Imam As-Syafie, di sini, hari ini.


JERANTUT: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa kerajaan tegas dalam memperkukuh perundangan Islam dan Mahkamah Syariah.




Ahli Jawatankuasa DUPP, Dr Razali Abdul Ghafar berkata perundangan Islam telah menjadi sebahagian daripada sumber dan sistem perundangan di Malaysia.

“Agensi-agensi pentadbiran hal ehwal agama Islam di Malaysia sama ada di persekutuan dan negeri memerlukan sokongan dan dukungan pelbagai pihak untuk memastikan kedudukan Islam sentiasa diperkukuh dan dipertahan,” katanya pada sesi pembahasan usul Muktamar Tahunan DUPP ke-63 di Kompleks Imam As-Syafie, di sini, hari ini.

Katanya, ada lima perkara yang diketengahkan dalam usul perbahasan pemerkasaan syariah iaitu bekerjasama dalam menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Bersama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dengan perkenan Majlis Raja-Raja yang dipanggil Jawatankuasa Pengukuhan Perundangan Syariah.

Jawatankuasa yang ditubuhkan itu, ujarnya haruslah merangka dasar strategik dan hala tuju perkembangan sistem perundangan syariah di Malaysia sebagai rujukan oleh badan-badan berautoriti di peribgkat negeri dan persekutuan.

“Kedua, mewujudkan Seketriat Tetap Pemerkasaan Syariah Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menyediakan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang serta cadangan penyelesaian terhadap isu-isu perundangan Islam yang berlaku dalam bidang kuasa negeri.

“Ketiga, meminda undang-undang tubuh negeri bagi memasukkan punca kuasa kehakiman mahkamah syariah serta kedudukan dan bidang kuasa mahkamah syariah secara jelas,” katanya.

Seterusnya, kata beliau memberi bantuan dan sokongan kepada negeri-negeri untuk mewujudkan Majlis Guaman Syarie dan Enakmen Guaman Syarie Negeri.

Loading...

Selain itu, ujarnya mengadakan wacana atau persidangan exco agama SG4 bagi mengadakan perbincangan dan perancangan bersama ke arah memperkukuh perundangan syariah di peringkat negeri.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...