Di Melaka DAP cerita lain, di Perak cerita lain

Sehingga hari ini, Zahid gagal mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak yang menularkan klip audio “perbualan Zahid” walaupun dicabar berkali-kali untuk berbuat demikian. Sumber (gambar): Fail TTF

“Bagaimanakah DAP boleh mendakwa bahawa dasar parti itu tidak membenarkannya untuk mengkhianati kepercayaan rakyat sedangkan DAP pernah bersekongkol dengan puak Kleptokrat di Perak untuk mengkhianati kepercayaan rakyat dengan cuba menjatuhkan kerajaan negeri?”

Raggie Jessy Rithaudeen

د ملاك دڤ چريتا لاين، د ڤراق چريتا لاين

Dua hari lalu, Setiausaha Organisasi DAP Anthoy Loke berkata, Pakatan Harapan perlu menolak pengkhianat sebagai calon Pakatan Harapan, selaras dengan pendirian DAP yang disuarakan dalam mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu.

Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menerima Datuk Norhizam Hassan Baktee

sebagai calon Pakatan Harapan.




“Ada yang tanya dan saya dengan tegas menyatakan DAP tolak sama sekali bekas ADUN Pengkalan Batu sebagai calon dalam PRN negeri akan datang.

“Saya tidak mahu sebut (alasan), tidak perlu pergi pada asal usulnya semua pun tahu, DAP tetap tidak terima dia sebagai calon dalam PRN negeri,” kata Guan Eng dalam sidang media di pejabat DAP di Melaka.

Anehnya, DAP yang sama terlibat secara langsung dalam pengkhianatan kepercayaan rakyat di Perak apabila bersekongkol dengan puak Kleptokrat untuk cuba menjatuhkan kerajaan negeri.

Ketika krisis Perak, salah seorang wakil DAP yang diklasifikasikan sebagai “Pro-Lim” telah menghadiri satu mesyuarat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan kemungkinan UMNO bekerjasama dengan DAP.

Bukan hanya Najib dan Zahid bergelar ‘kleptokrat’, Zahid merupakan agen Anwar yang telah lama cuba mempengaruhi kepimpinan pusat parti itu sejak Anwar dipecat dari UMNO dengan harapan UMNO beransur-ansur menerima Anwar.

Malah, Nga Kor Ming yang merupakan sekutu rapat Lim turut merestui cadangan kerjasama yang dilontarkan oleh Zahid ketika krisis kepimpinan Perak memuncak.

Tindakan DAP memilih Anwar sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan turut mengaitkan DAP dengan gejala kleptokrasi memandangkan Anwar merupakan sekutu rapat Najib dan Zahid dan diketahui merancang kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bersama mereka.

Loading...

Pada 12hb Mac 2021 pula, satu rakaman audio dengan suara mirip Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tular di media sosial, dipercayai petikan dari taklimat yang diberikan oleh Zahid kepada pemimpin UMNO tentang kerjasama Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Kewujudan rakaman itu disentuh oleh beberapa aktivis media sosial dan portal MalaysiaNow yang mendakwa diberitahu oleh sumber dalaman UMNO bahawa ianya rakaman asli sebahagian daripada perbincangan mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) di Janda Baik, Pahang bulan lalu.

Dalam audio tersebut, suara yang dikatakan mirip kepada suara Zahid menyentuh perbualannya dengan Nga Kor Ming dari DAP.

“Saya bagi tahu Nga Kor Ming, empat perkata dalam Perlembagaan mesti you ikut. Satu, agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dia buat kenyataan media,” kata suara itu.

Audio itu kemudiannya merujuk kepada Anthony Loke yang turut mengeluarkan kenyataan media untuk menyatakan kesetiaan terhadap empat peruntukan Perlembagaan tersebut.

Sehingga hari ini, Zahid gagal mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap pihak yang menularkan klip audio tersebut walaupun dicabar berkali-kali untuk berbuat demikian.

Jadi bagaimanakah DAP boleh mendakwa bahawa dasar parti itu tidak membenarkannya untuk mengkhianati kepercayaan rakyat sedangkan DAP pernah bersekongkol dengan puak Kleptokrat di Perak untuk mengkhianati kepercayaan rakyat dengan cuba menjatuhkan kerajaan negeri?

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...