Khairuddin Abu Hassan
د تانه سوچي مكه ڤون زاهيد سڠڬوڤ تيڤو، كالاو براني سامنله تون محضير – ساي توڠڬو
Saya hendak tunggu Zahid Hamidi saman Tun Dr Mahathir Mohamad kalau dia berani.
Sekiranya ke mahkamah saya akan jadi saksi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
‘Kaki penipu tersohor’ seperti Zahid Hamidi selalu lupa apa mereka cakap serta pembohongannya.
Zahid Hamidi lupa saya yang bawa beliau berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjawat jawatan Perdana Menteri kali kedua.
Selepas berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi tersebut di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya; beliau juga ‘tweet’ secara gembira mengesahkan perjumpaan tersebut.
Selepas perjumpaan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau terus ke Lapangan Terbang KLIA untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.
Namun, ketika berada di Tanah Suci Makkah; Zahid Hamidi buat satu kenyataan palsu menipu kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad menyuruh semua Ahli-Ahli Parlimen UMNO tinggalkan parti UMNO dan masuk BERSATU ketika itu.
Di Tanah Suci Makkah pun Zahid Hamidi sanggup menipu!!
“Never trust this bloody fool because at the end of the day he will play you out!!”
Inilah jatidiri ‘penyangak’ Zahid Hamidi yang hanya bertopengkan agama untuk tujuan agenda politik peribadinya.
Jatidiri yang sama semacam bekas bosnya iaitu Anwar Ibrahim dan Najib Razak.
Bagaimana kita tidak boleh percaya pada Anwar Ibrahim dan Najib Razak begitulah juga kita jangan sama sekali percaya pada Zahid Hamidi.
WAJIB TONTON:
