
TTF: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (lihat petikan berita di bawah).
TTF berharap Anwar akan berdoa agar segala dosa beliau diampuni dan berhenti menipu rakyat kononnya beliau bukan bekas banduan yang disabit kesalahan oleh Mahkhamah.
Perbuatan homoseksual jelas merupakan perkara yang keji sebagaimana firman Allah pada ayat 80-84, Surah al-A’raf yang bermaksud:
“Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan). Ingatlah tatkala dia berkata kepada kaumnya “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?”. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Dan tiada jawapan oleh kaumnya melainkan mereka berkata “Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri. Maka Kami selamatkan dia dan ahlinya (keluarganya dan pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia tergolong dalam orang-orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan”
KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr. Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri pada masa sama akan mewakili Perdana Menteri menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-14 yang sedang berlangsung di Mekah.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu menerusi akaun Twitter beliau dengan berkongsi beberapa gambarnya bersama isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum bertolak.
“Berangkat ke Mekah bersama Azizah untuk menunaikan umrah. Mohon doa teman-teman semoga dipermudahkan,” menurut dalam akaun media sosialnya itu hari ini.
Pada Isnin lalu ketika bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya, Anwar memaklumkan beliau akan menunaikan umrah bersama Dr. Wan Azizah yang turut menghadiri Sidang Kemuncak OIC.
Menurutnya lagi, dalam pertemuan itu beliau turut merujuk kebimbangan partinya kepada Perdana Menteri mengenai ancaman Amerika Syarikat terhadap kepemimpinan Iran.
“Kerajaan perlu menyatakan pendirian tegas dengan menolak sebarang provokasi kepada seluruh negara Islam,” katanya.
Diadaptasi dari:
