Dato’ Razlan Rafii
Biarpun Muhyddin Yasin mengakui Tun Mahathir sepatutnya berbincang dengan PH sebelum membuat lantikan, kerana terpaksa, beliau mempertahankan pelantikan Latheefa Koya dengan nada yang geram.
Apabila Nurul Izzah berkata Mahathir itu diktaktor, kuku besi dan sebagainya, ramai yang tergamam dan tersipu-sipu malah terus menafikan perangai Tun M sedemikian rupa. Bukan itu sahaja, pemimpin seperti Mahfuz Omar terus mengipas Tun M dengan berkata beliau bukan diktaktor.
Tidak berhenti di situ, Shahidan turut berkata Tun M bukan diktaktor!!
Biar apa pun, terbukti sudah Tun M memang seorang kuku besi dalam urusan mentadbir! Beliau sanggup mengelikan perjanjian PH yang jelas menyatakan tidak akan ada lantikan politik terhadap jawatan kerajaan.
Walau apa pun alasan Tun M terhadap lantikan Latheefa, walau apa pun tugasan yang diberikan kepada Lateefa, yang tersurat dan tersirat, ianya adalah untuk kepentingan peribadi Tun M.
Pelantikan ini tidak dipersetujui bukan hanya di kalangan netizen, malah ia melibatkan pemimpin kerajaan dan juga pemimpin pembangkang.
Ibarat singa yang berkuasa, tidak akan ada pemimpin tertinggi PH yang sanggup membidas Tun M biarpun di kedai kopi mereka hebat mempertikaikan beliau.
Anwar Ibrahim perlu berhati-hati di dalam umpanan Tun M, kerana sekiranya beliau melatah, sejarah akan bakal berulang – kempunan sekali lagi beliau untuk menjadi orang no 1 dalam kerajaan.
Azmin Ali pula sedang tersenyum di dalam melihat permainan ini. Di dalam corong-corong politik, mereka berkata bahawa ini adalah permainan Azmin. “The game is on,” they say.
Apa lagi yang pemimpin UMNO nak tunggu, masih nak berpeluk tubuh menunggu bulan jatuh ke riba? Mengharapkan hujan turun walaupun guruh sudah berdentum sejak tahun lepas?
Yang untung pastinya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan rakan-rakan se-parti. Mereka tidak peduli apa yang dimainkan oleh Tun M, kerana selagi kuasa kewangan di tangan DAP, selagi itu mereka akan menyusun kekayaan untuk kroni mereka.
Polimik ini akan terus merugikan rakyat – yang sedang merompak akan terlepas pergi, yang disasarkan akan dipastikan ditangkap. Direct-nego yang dijanjikan tidak akan ada lagi sedang hebat dipergunakan oleh PH dalam merompak duit rakyat.
Yang pastinya, rakyat akan terus gigit jari disebabkan kerakusan politikus.
