Disebabkan Anwar, UMNO pun terjerat. Dah kantoi

Pada 10hb Ogos 2018, ketika sentimen anti-DAP yang dimainkan UMNO dan PAS memuncak, Annuar tiba-tiba mengumumkan ketersediaan UMNO untuk menjalinkan kerjasama dengan DAP kerana “formula lama Barisan Nasional sudah ketinggalan zaman.” Sumber (gambar): Fail TTF

“Najib dan Zahid sudah beransur-ansur sedar bahawa Anwar menipu berhubung sokongan majoriti terhadapnya”

Raggie Jessy Rithaudeen

دسببكن انور، امنو ڤون ترجرت. ده كنتوءي

Ketersediaan Team A UMNO untuk bekerjasama dengan DAP terbongkar apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan ‘tiket percuma’ untuk mana-mana ahli parlimen dari Barisan Nasional menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, saya mendedahkan kewujudan satu persefahaman antara Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Anwar di mana Zahid dan Najib bersetuju melepaskan soal pencalonan Perdana Menteri kepada Anwar seandainya Barisan Nasional dan PKR berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.

Pada mulanya, ramai menyangkal dakwaan saya kerana percaya Zahid dan Najib tidak mungkin berbuat demikian.




Mereka yakin UMNO tidak mungkin akan membelakangkan Muafakat Nasional untuk bekerjasama dengan DAP.

Tetapi akhirnya, pihak yang menyangkal saya sendiri bersetuju bahawa Najib dan Zahid memperbodohkan ummah apabila Zahid membantu Anwar menarik sokongan ahli-ahli parlimen dengan membenarkan wakil rakyat dari Barisan Nasional untuk menyokong presiden PKR itu.

Inilah yang dikatakan “the truth always prevails,” atau dalam Bahasa Malaysianya, “kebenaran sentiasa akan kekal atau abadi.”

Suka tak suka, UMNO memperdaya ummah selama ini apabila memajukan “perjuangan penyatuan ummah” bersama PAS atas alasan “DAP merupakan parti rasis dan anti Islam” yang perlu diperangi habis-habisan.

Sudah beberapa kali saya cuba sedarkan masyarakat Melayu-Islam sebelum ini bahawa Tan Sri Annuar Musa sendiri pernah menzahirkan secara terbuka kerelaannya untuk bekerjasama dengan DAP.

Pada 10hb Ogos 2018, ketika sentimen anti-DAP yang dimainkan UMNO dan PAS memuncak, Annuar tiba-tiba mengumumkan ketersediaan UMNO untuk menjalinkan kerjasama dengan DAP kerana “formula lama Barisan Nasional sudah ketinggalan zaman.”

Ini Annuar yang kata, bukan saya yang kata (rujuk link di hujung bawah).

Loading...

Kini, Najib dan Zahid tidak keberatan untuk membawa UMNO bersama DAP kerana kedua-duanya terdesak untuk selamatkan tengkuk masing-masing.

Cuba lihat, ada tak serangan bertubi-tubi terhadap DAP di kalangan pemimpin UMNO dan Laskar Siber tajaan mereka kebelakangan ini?

Walaupun kerjasama UMNO dan PKR sah tidak akan berjaya, Najib dan Zahid tidak berputus asa dan masih menaruh harapan tinggi Anwar akan berjaya yakinkan DAP dan AMANAH untuk bersama-sama UMNO.

Maklumlah, dah terdesak.

Sudah menjadi lumrah dalam dunia politik bahawa orang yang terdesak sanggup melakukan apa sahaja walaupun tahu perkara yang mereka lakukan itu tidak akan membuahkan hasil.

Bukan hanya perkara ini merupakan salah satu daripada asas bidang psikologi, saya sendiri pernah mempelajarinya ketika mengambil matapelajaran Pengantar Psikologi sebagai matapelajaran opsyen di universiti walaupun berdaftar sebagai mahasiswa jurusan Teknologi Polimer.

Pagi tadi, saya menulis:

Datuk Seri Anwar Ibrahim sah terjerat.

Keterdesakan beliau untuk menjadi Perdana Menteri telah mendorongnya melakukan satu perkara yang amat aneh, iaitu menyenaraikan nama sekumpulan ahli parlimen yang kononnya menyokong beliau sebagai calon Perdana Menteri ke-9.

Percayalah, sokongan ini tidak wujud.

Ini disebabkan sekumpulan besar ahli parlimen yang didakwa menyokong Anwar (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Anyone But Anwar” atau “ABA”) bukan hanya menolak beliau, mereka ingin buktikan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan tidak layak bergelar Perdana Menteri (baca artikel penuh menerusi link di hujung bawah).

Saya mengakhiri artikel tersebut dengan menulis:

Anwar begitu terdesak untuk menjadi Perdana Menteri hingga sanggup melakukan perkara yang tidak masuk akal dan memakan diri sendiri.

Atas keterdesakan inilah beliau mempercayai bahawa ahli-ahli parlimen kita begitu bodoh hingga sanggup terperangkap berulang kali dalam permainan persepsinya tidak kira berapa kali permainan itu dimainkan.

Ya, Najib dan Zahid sudah beransur-ansur sedar bahawa Anwar menipu berhubung sokongan majoriti terhadapnya.

Jadi sudah pastilah Najib dan Zahid akan cuba dalam masa terdekat untuk sangkal dakwaan kononnya Team A UMNO rela untuk bekerjasama dengan DAP.

Persoalannya, kenapa mereka diam selama hampir sebulan tatkala satu kampung riuh memikirkan kerjasama UMNO-DAP?

Masih teringin sokong UMNO lagi?

Masih percaya lagi perjuangan UMNO perjuangan Agama, Bangsa dan Negara, bukannya Wang, Kuasa dan Kedudukan?

WAJIB BACA: 

Anwar terjerat. Game over

Annuar Musa (Ogos 2018): UMNO sedia jalin kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk DAP

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...