
“Janji Zahid kepada Anwar merupakan janji palsu kerana surat sokongan yang disediakan olehnya dibuat tanpa merujuk ataupun mendapatkan restu Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO. Apa pun, Anwar bukan hanya berjaya buktikan beliau tidak memiliki sokongan majoriti, peristiwa 13hb Oktober 2020 turut membuktikan apa yang saya beritahu selama ini, iaitu Zahid dan Najib tidak disokong oleh majoriti ahli-ahli parlimen UMNO”
Raggie Jessy Rithaudeen
Susulan kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti sokongan majoriti ahli-ahli parlimen terhadapnya, portal-portal pro-Anwar mula memarakkan propaganda palsu kononnya Anwar disokong oleh 30 -35 ahli parlimen dari UMNO untuk membentuk kerajaan baharu.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengemukakan beberapa fakta penting yang tidak mungkin disangkal oleh mana-mana pihak, termasuk Anwar sendiri:
1. Anwar menggegarkan satu dunia apabila mendakwa memiliki bukti kukuh sokongan majoriti terhadapnya.
2. Portal-portal, blogger-blogger dan Laskar Siber pro-Anwar mengulangi dakwaan itu setiap hari selama dua minggu berturut-turut dan mengesahkan bahawa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan tumbang pada 13hb Oktober 2020, hari Anwar dijadualkan menghadap Yang Di-Pertuan Agong.
3. Dakwaan-dakwaan ini turut dibuat oleh portal-portal dan Laskar Siber pro Najib dan Zahid, termasuk orang kuat Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
4. Manakala itu, saya secara konsisten mendakwa sokongan terhadap Anwar tidak pernah mencecah angka 91 dan menyusut teruk sehari dua sebelum beliau menghadap Agong.
5. Saya mengesahkan bahawa Anwar tidak akan mampu menunjukkan sebarang bukti sokongan majoriti kepada Yang Di-Pertuan Agong kerana senarai Anwar palsu semata-mata dan disediakan dengan cara “petik letak” tanpa persetujuan ramai ahli parlimen.
6. Saya turut mengesahkan bahawa dakwaan “kerajaan akan tumbang pada 13hb Oktober 2020 kerana Anwar memiliki bukti sokongan majoriti” penipuan semata-mata kerana tidak ada peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan perkara sebegini berlaku.
7. Justeru, segala dakwaan Anwar dan Laskar Siber pro Anwar, pro Najib dan pro Zahid merupakan penghinaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Institusi Diraja dan Perlembagaan Persekutuan kerana kesemuanya melibatkan putar belit fakta berhubung kuasa-kuasa berperlembagaan Agong.
8. Akhirnya, pada 13hb Oktober 2020, kesemua dakwaan saya terbukti benar apabila Anwar hanya sekadar mampu memberitahu Yang Di-Pertuan Agong bilangan ahli parlimen yang didakwa menyokongnya tanpa menyerahkan sebarang bukti sokongan itu.
9. Malah, Anwar telah dinasihatkan oleh Yang Di-Pertuan Agong sendiri untuk mematuhi dan menghormati proses perlembagaan setelah gagal mengemukakan sebarang bukti sokongan.
10. Sekiranya benar Anwar memiliki bukti sokongan majoriti, sudah pasti beliau akan mempersembahkannya kepada Yang Di-Pertuan Agong.
11. Ini kerana Anwar mendakwa secara terbuka bahawa “kerajaan Muhyiddin sudah jatuh” dan beliau memiliki bukti kukuh untuk mempertahankan dakwaannya, termasuk dakwaan sokongan majoriti terhadapnya.
12. Saya secara konsisten mendakwa penipuan Anwar ini bertujuan “mengejutkan” ahli-ahli parlimen agar sesiapa yang masih tidak bersamanya akan bertindak menandatangani surat sokongan terhadapnya kerana takut terpinggir sekiranya beliau benar-benar dilantik menjadi Perdana Menteri.
13. Saya turut mendakwa, penipuan ini disokong oleh orang-orang Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, termasuk Najib dan Zahid sendiri yang bersetuju melepaskan pencalonan Perdana Menteri kepada Anwar jika PKR dan Barisan Nasional berjaya mengumpul sokongan majoriti.
14. Zahid sebenarnya menjanjikan sokongan Barisan Nasional seketul kepada Anwar tetapi gagal memenuhi janji itu apabila tidak lebih dari 12 ahli parlimen UMNO bersetuju untuk menyokong Anwar.
15. Angka itu menyusut beberapa hari sebelum Anwar menghadap Yang Di-Pertuan Agong apabila ramai ahli parlimen mula sedar bahawa Anwar tidak pernah disokong oleh majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO, PPBM, Sabah, Sarawak dan AMANAH.
16. Hakikatnya, janji Zahid kepada Anwar merupakan janji palsu, kerana surat sokongan yang disediakan olehnya dibuat tanpa merujuk ataupun mendapatkan restu Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO.
17. Ini bermakna, bukan hanya Zahid menipu Anwar, beliau memperdaya partinya sendiri yang sudah lama berpecah kepada Team A (pimpinan Najib, 10 ahli parlimen) dan Team B (yang kini diterajui Tengku Razaleigh Hamzah, 25 ahli parlimen).
18. Manakala itu, DAP tidak pernah bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO, khususnya Team A, yang terdiri daripada ahli-ahli parlimen yang menghadapi pelbagai tuduhan jenayah.
Kesimpulannya:
1. Propaganda yang sedang dimarakkan oleh portal-portal pro-Anwar tidak laku kerana Anwar gagal mengemukakan sebarang bukti sokongan majoriti apabila menghadap Yang Di-Pertuan Agong
2. Propaganda ini turut tidak laku kerana portal-portal, blogger dan Laskar Siber pro-Anwar, pro Najib dan Zahid sah menipu apabila mendakwa “kerajaan akan tumbang pada 13hb Oktober 2020 kerana Anwar memiliki bukti sokongan majoriti.”
3. Kesemua yang terbabit menghina Yang Di-Pertuan Agong, Institusi Diraja dan Perlembagaan Persekutuan kerana melambung-lambung nama Baginda Tuanku dengan prejudis lampau.
4. Kegagalan Anwar tidak boleh dianggap sebagai kegagalannya sendiri, tetapi kegagalan “gerombolan” Anwar, Najib dan Zahid yang sanggup melakukan apa sahaja untuk cuba memegang tampuk kepimpinan negara.
5. Ini kerana Zahid dan Najib terdesak untuk menyelamatkan tengkuk masing-masing, manakala Anwar pula terdesak untuk menjadi Perdana Menteri ke-9.
6. Ini secara tidak langsung menjadikannya “konspirasi penipuan ahli-ahli parlimen terdesak” yang terbesar dalam sejarah tanah air, di mana kesemua yang terbabit khuatir kerjaya politik mereka akan hangus apabila Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menerajui kerajaan bersama seorang lagi tokoh politik negara.
7. Apa pun, Anwar bukan hanya berjaya buktikan beliau tidak memiliki sokongan majoriti, peristiwa 13hb Oktober 2020 turut membuktikan apa yang saya beritahu selama ini, iaitu Zahid dan Najib tidak disokong oleh majoriti ahli-ahli parlimen UMNO.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
