Ditolak UMNO, PAS-Bersatu Kembali Berpelukan

Raggie Jessy Rithaudeen

Berikut sekadar pendapat saya sebagai pemerhati, sepertimana disiarkan di Facebook saya:

1. PAS bermimpi untuk hidupkan semula Muafakat Nasional dan meminggirkan Bersatu.




2. Dengan itu, hubungan PAS Bersatu di bawah Muhyiddin menjadi rengang gila, dan PAS berharap agar Hamzah Zainudin menerajui PN.

3. Jika Hamzah menerajui PN, PAS berkebarangkalian tinggi akan berbaik semula dengan Bersatu.

4. Namun, memandangkan Muhyiddin tidak mungkin memberi laluan kepada Hamzah, PAS merancakkan desakan agar Umno dan PAS bekerjasama menerusi MN.

5. Dengan itu, PAS mula mengapi-apikan semangat Dr Akmal agar beliau mendesak kepimpinan Umno untuk terima MN.

6. Namun, Zahid dan barisan kepimpinan tertinggi Umno menolak MN bulat-bulat, siap dengan memerli PAS dan mempersoal keikhlasan parti itu.

7. Mereka juga menegur Dr Akmal dan secara tidak langsung memberi amaran bahawa Akmal tidak boleh melampaui batas.

8. Dengan itu, impian PAS untuk meminggirkan Bersatu di bawah Muhyiddin berkecai, dan PAS tahu mereka tiada pemimpin yang cukup berkaliber untuk menerajui PN.

Loading...

9. Dr Samsuri mungkin boleh menggantikan Muhyiddin, namun PAS tahu ianya akan mengundang perpecahan dalam parti.

10. Ini kerana golongan ulama, golongan professional dan golongan pertengahan masing-masing ada calon pilihan mereka dan tidak boleh terima calon lain.

11. Sebab itu PN gagal laksanakan mesyuarat tergempar untuk memuktamadkan peletakan jawatan Muhyiddin dan melantik pengganti beliau, 19 hari selepas Muhyiddin mengumumkan pengundurannya.

12. PAS dah cemas dan tahu tidak ada sesiapa dari blok kerajaan yang mahu bekerjasama dengan parti itu selepas Zahid sendiri, yang diketahui tidak suka Muhyiddin dan Bersatu, sengaja menyuarakan kerelaan beliau mempertimbangkan kerjasama dengan Bersatu.

13. Tup Tup Tup… Tiba-tiba, Hadi, Tuan Ibrahim dan Muhyiddin berpeluk-pelukan selepas beberapa bulan tikam menikam satu sama lain.

14. Akar umbi PAS pula, yang bengang dengan kepimpinan tertinggi selepas Perlis ‘jatuh ke tangan Bersatu,’ dijangka lebih bengang selepas ini.

15. Tetapi PAS tiada pilihan, kerana tanpa Umno sebagai pengganti, PAS dengan sendirinya tidak mampu meraih undi dari kalangan sejumlah besar pengundi muda progresif yang akan mendominasi PRU16.

16. PAS juga tidak mungkin mendapat sokongan bukan Melayu dengan sendiri.

17. Walaupun Bersatu dijangka ditolak pengundi bukan Melayu, tetapi lebih baik ada Bersatu daripada PAS masuk PRU16 seorang diri.

18. Maka bertemulah Muhyiddin, Hadi dan Tuan Ibrahim untuk mengesat air mata satu sama lain setelah sedar tidak ada sesiapa yang mahukan mereka.

Pada saya, secara peribadi, PAS adalah parti paling hipokrit dalam sejarah tanah air kita.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...