Doktor dakwa Zon Merah Johor Bahru tidak diawasi sempurna, pesakit boleh bawa anak pergi pasaraya

Gambar menunjukkan sekatan jalan di kawasan Subang Jaya, Selangor. Polis daerah Subang Jaya jukup raijn, berkesan dan menjalankan tugas tanpa mengenal penat atau lelah. Sumber (gambar): The Star Online

#TTFCovid19: Seorang doktor mendakwa bengang susulan tindakan masyarakat di Johor Bahru dikatakan tidak mengendahkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain beberapa agensi kerajaan didakwa tidak menjalankan tugas sebetulnya bagi mengelakkan orang berhimpun.

Kenyataan itu diungkapkan menerusi video secara langsung berdurasi 12.26 minit di laman sosial Facebook (FB) Hairin Anisa Tajuddin pada 5.02 petang 14 April lalu.

“Saya kecewa pesakit bawa anaknya pergi pasar raya di area Taman Bukit Mutiara, dia kata di situ macam tiada PKP, macam tiada orang jaga, kedai semua buka suka hati takada buat penjarakan sosial, orang selambanya berkumpul di situ.

“Banyak juga kes di Taman Daya, pasar di Larkin, tiada polis jaga, itu yang doktor jadi bengang sangat sebab masyarakat di Johor Bahru memang sengaja cari nahas,” katanya.


Seorang doktor mendakwa bengang susulan tindakan masyarakat di Johor Bahru dikatakan tidak mengendahkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain beberapa agensi kerajaan didakwa tidak menjalankan tugas sebetulnya bagi mengelakkan orang berhimpun.

Kenyataan itu diungkapkan menerusi video secara langsung berdurasi 12.26 minit di laman sosial Facebook (FB) Hairin Anisa Tajuddin pada 5.02 petang 14 April lalu.




Dia turut memaklumkan beberapa lokasi zon merah yang tidak diawasi dan kekecewaannya terhadap wabak Covid-19 yang dipandang remeh masyarakat.

“Doktor marah sebab dapat banyak aduan daripada pesakit hingga doktor jadi takut sebab Johor Bahru dah masuk zon merah, maknanya kita dalam keadaan berisiko tinggi untuk dapat pembawa tidak dikenal pasti lagi.

“Saya kecewa pesakit bawa anaknya pergi pasar raya di area Taman Bukit Mutiara, dia kata di situ macam tiada PKP, macam tiada orang jaga, kedai semua buka suka hati takada buat penjarakan sosial, orang selambanya berkumpul di situ.

“Banyak juga kes di Taman Daya, pasar di Larkin, tiada polis jaga, itu yang doktor jadi bengang sangat sebab masyarakat di Johor Bahru memang sengaja cari nahas.

“Memang sengaja nak suruh virus tu kejar korang. Doktor bengang sangat sebab masyarakat Malaysia punya mentaliti ini yang di Johor zon merah, ini degil sangat.

“Kita tahu virus ini boleh ada di permukaan beberapa hari. Kalau korang pergi bersondol sana berpegang pastu transmit dah jadi rantaian yang panjang. Dan sampai bila kita nak selesaikan ini? Bila rantaian ini akan berpanjangan? Kita tidak akan dapat kurangkan risiko penyebaran ini. Faham tak?

“Ekonomi itu bukan saya seorang sahaja yang rasa, semua orang rasa termasuk kerajaan sekali terpaksa tanggung manusia yang degil juga. Mereka tidak kerja, kumpul sana sini selepas itu minta insentif minta bantuan. Tapi kau degil. Bengang la ni. Kau minta bantuan itu ini pada kerajaan tapi bodoh pergi duduk lagi sana sini,” katanya.

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...