
دوكتور كسن كڬياتن ڤمالسوان لاڤورن ساريڠن چوۏيد-19
Sebuah klinik swasta di Rawang dekat sini mengesan kegiatan pemalsuan laporan keputusan saringan COVID-19 yang dijalankan klinik itu oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Pengasas SP Care, Dr Sathia Prakash Nadarajan, berkata semakan pihaknya mendapati pemalsuan ke atas laporan keputusan ujian saringan itu membabitkan pekerja di syarikat subkontraktor yang berurusan dengan pihak kerajaan dan swasta.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis berhubung perkara itu pada Jun lalu.
“Kegiatan pemalsuan dokumen itu dikesan selepas tujuh individu hadir di sebuah syarikat pembinaan di Pontian, Johor untuk bekerja dan pengurusan syarikat meminta mereka menunjukkan laporan keputusan ujian saringan Covid-19.”
KUALA LUMPUR: Sebuah klinik swasta di Rawang dekat sini mengesan kegiatan pemalsuan laporan keputusan saringan Covid-19 yang dijalankan klinik itu oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Pengasas SP Care, Dr Sathia Prakash Nadarajan, berkata semakan pihaknya mendapati pemalsuan ke atas laporan keputusan ujian saringan itu membabitkan pekerja di syarikat subkontraktor yang berurusan dengan pihak kerajaan dan swasta.
“Syarikat-syarikat itu diarahkan membuat ujian saringan COVID-19 ke atas semua pekerja tetapi kita percaya hanya beberapa pekerja sahaja yang menjalani ujian saringan, mungkin bertujuan untuk mengurangkan kos yang mereka perlu tampung.
“Semakan mendapati ada pekerja yang tidak menjalani saringan tetapi menggunakan laporan dikeluarkan klinik ini untuk pekerja lain yang menjalani saringan dan ditukar kepada butiran peribadi mereka,” katanya kepada BH, hari ini.
Dr Sathia berkata, perkara itu dikesan apabila ada pihak membuat semakan dengan pihaknya mengenai status keputusan ujian saringan daripada makmal yang dibuat ke atas pekerja daripada syarikat subkontraktor berkenaan.
“Apabila semakan dibuat, kita dapati nombor rujukan pada dokumen keputusan ujian makmal dengan butiran peribadi individu yang menjalani saringan itu berlainan dengan rekod data yang kita simpan.
“Setakat ini kita mendapati hampir 20 kes pemalsuan laporan keputusan COVID-19 dikesan dan susulan itu kita sudah membuat dua laporan polis, iaitu pada Jun lalu dan minggu lepas,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya bimbang kegiatan pemalsuan keputusan ujian saringan COVID-19 itu akan melonjakkan statistik kes positif baharu, justeru perkara itu perlu diambil serius oleh pihak berkuasa dan kerajaan.
“Bagi mengelak lebih banyak pemalsuan berlaku, kita mengambil langkah mencipta sistem Kod QR dan ia disertakan dalam laporan keputusan ujian saringan yang dibuat di klinik ini serta 20 cawangan klinik yang lain.
“Apabila Kod QR ini diimbas oleh pihak yang mahu membuat semakan kesahihan mengenai keputusan ujian saringan itu, mereka hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau pasport individu yang perlu disemak.
“Segala maklumat yang diperlukan akan tertera dan dengan itu, segala butiran individu yang menjalani ujian saringan itu tidak boleh dipalsukan,” katanya yang turut memaklumkan bahawa rekod berkenaan akan tersimpan dalam sistem data pihaknya sehingga tempoh 20 tahun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis berhubung perkara itu pada Jun lalu.
“Kegiatan pemalsuan dokumen itu dikesan selepas tujuh individu hadir di sebuah syarikat pembinaan di Pontian, Johor untuk bekerja dan pengurusan syarikat meminta mereka menunjukkan laporan keputusan ujian saringan COVID-19.
“Mereka menunjukkan dokumen keputusan ujian saringan yang tulen, namun apabila syarikat terbabit memaklumkan akan membuat semakan untuk pengesahan dengan pihak klinik yang mengeluarkannya terlebih dahulu, kesemua suspek kemudian menghilangkan diri,” katanya.
Menurut beliau, pihak polis kini sedang mengesan kesemua suspek serta pihak yang memberikan laporan keputusan asal untuk disalah gunakan oleh suspek.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu dengan curang menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
