Dominic: Tanya dulu Muhyiddin, Mukriz dan Shafie Apdal mana wang 1MDB

Semalam, Guan Eng dalam sidang akhbar di Putrajaya memaklumkan yang persatuan wartawan dan jurugambar di Pulau Pinang antara pihak dikenal pasti turut menerima dana yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. Sumber (gambar): TTF

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai hari ini menggesa Lim Guan Eng untuk mulakan dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dalam ‘usaha’ Menteri Kewangan tersebut mendapatkan semula wang yang keluar dari 1MDB.

“Muhyiddin dan Shafie tidak pernah memberi jawapan terhadap senarai yang dikeluarkan SPRM itu. Setakat ini hanya Mukhriz sahaja memberi maklum balas dengan mengatakan beliau tidak tahu sumber dana yang diterima adalah dari 1MDB,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


KUALA LUMPUR: Mulakan dengan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Itu gesaan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mahu mendapatkan semula wang-wang yang mengalir keluar daripada salah guna kes 1Malaysian Development Berhad (1MBD).




Menurut Dominic, hal itu kerana jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Sabah, UMNO Johor dan UMNO Kedah antara yang terlibat dalam isu 1MDB berdasarkan senarai yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Shafie masih menjadi Naib Presiden UMNO manakala Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah pula ialah Mukhriz ketika skandal itu berlaku. Muhyiddin pula pada masa sama adalah Ketua UMNO Bahagia Pagoh.

“Muhyiddin dan Shafie tidak pernah memberi jawapan terhadap senarai yang dikeluarkan SPRM itu. Setakat ini hanya Mukhriz sahaja memberi maklum balas dengan mengatakan beliau tidak tahu sumber dana yang diterima adalah dari 1MDB,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng dalam sidang akhbar di Putrajaya memaklumkan yang persatuan wartawan dan jurugambar di Pulau Pinang antara pihak dikenal pasti turut menerima dana yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Guan Eng turut meminta persatuan tersebut tampil dengan menyerahkan kembali dana terbabit kepada kerajaan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...