Dong-Jiao Zong berniat jahat cetuskan kekecohan menerusi penentangan terbuka seni khat

Rancangan ini sekaligus akan membantu meningkatkan keyakinan masyarakat Melayu-Islam terhadap gandingan Anwar-DAP dan akan menjadi titik permulaan kepada penentangan besar-besaran oleh gandingan tersebut terhadap kepimpinan dan kerajaan Mahathir Mohamad. Sumber (gambar): Fail TTF

GBN mengesyaki terdapat subahat melibatkan beberapa pemimpin DAP bersama kumpulan-kumpulan Dong Zong dan Jiao Zong untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak bersandar kepada fakta.

Menurut maklumat, parkara ini sengaja dibuat bagi menimbulkan keresahan dan kekeliruan dikalangan masyarakat Melayu-Islam dengan niat mencetuskan kekecohan.

GBN diberitahu bahawa perkara ini didalangi oleh beberapa pemimpin DAP, di mana modus operandi mereka adalah untuk menggunakan kekecohan sebagai ‘pentas’ untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim meredakan keadaan.

Ini sekaligus akan membolehkan Anwar ‘membuktikan’ bahawa beliau mempunyai kemampuan yang tidak ada pada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjamin keharmonian bangsa dan negara.

Menurut maklumat, sebaik selepas keadaan reda, mereka yang mendalangi kekecohan tersebut akan ‘memujuk’ pihak Dong Zong dan Jiao Zong untuk akur bahawa seni penulisan khat sememangnya penting bagi membantu pelajar memahami Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.

Ini sekaligus akan membantu meningkatkan keyakinan masyarakat Melayu-Islam terhadap gandingan Anwar-DAP dan akan menjadi titik permulaan kepada penentangan besar-besaran oleh gandingan tersebut terhadap kepimpinan dan kerajaan Mahathir Mohamad.


SUBANG JAYA: Gerakan Bangsa Nasional (GBN) akan mengadakan satu sidang media (live) Jumaat ini, bersamaan 9hb Ogos 2019, di Hotel Summit USJ di Subang Jaya sebaik selepas berakhirnya Majlis Pencerahan GBN Bersama Rakyat pada hari yang sama di tempat yang sama.

Majlis tersebut bertemakan “Islam Mampu Kuburkan DAP” dan akan dihadiri empat pengerusi GBN dari Sabak Bernam, Shah Alam, Subang Jaya dan Kuala Lumpur serta tetamu-tetamu jemputan dari UMNO dan PAS.




GBN turut menjemput beberapa ketua NGO serta para aktivis dan blogger untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang turut akan menyentuh isu-isu semasa melibatkan agama Islam, masyarakat Melayu-Islam, institusi diraja dan bangsa nasional.

Liputan live yang bakal dibuat akan disiarkan serentak menerusi beberapa saluran Facebook daripada bermulanya majlis pada pukul 3 petang sehinggalah berlangsungnya sidang media di sekitar pukul 5.30 petang.

Pada sidang tersebut, GBN akan memperinci isu penentangan pempimpin-pemimpin DAP serta kumpulan-kumpulan Dong Zong dan Jiao Zong terhadap pengenalan seni tulisan khat di peringkat sekolah dan tindakan susulan yang bakal dibuat berhubung isu berkenaan.

Berdasarkan perkembangan terkini dan maklumat yang diterima, GBN mengesyaki bahawa kumpulan-kumpulan ini sengaja mengeluarkan kenyataan yang tidak bersandar kepada fakta untuk menimbulkan keresahan dan kekeliruan dikalangan masyarakat Melayu-Islam dengan niat mencetuskan kekecohan.

GBN diberitahu bahawa perkara ini didalangi oleh beberapa pemimpin DAP, di mana modus operandi yang digunakan adalah untuk menggunakan kekecohan sebagai ‘pentas’ untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim meredakan keadaan.

Ini akan membolehkan Anwar ‘membuktikan’ bahawa beliau mempunyai kemampuan yang tidak ada pada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjamin keharmonian bangsa dan negara.

Menurut maklumat, sebaik selepas keadaan reda, mereka yang mendalangi kekecohan tersebut akan ‘memujuk’ pihak Dong Zong dan Jiao Zong untuk akur bahawa seni penulisan khat sememangnya penting bagi membantu pelajar memahami Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.

Loading...

Ini sekaligus akan membantu meningkatkan keyakinan masyarakat Melayu-Islam terhadap gandingan Anwar-DAP dan akan menjadi titik permulaan kepada penentangan besar-besaran oleh gandingan tersebut terhadap kepimpinan dan kerajaan Mahathir Mohamad.

GERAKAN BANGSA NASIONAL



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...