
Laporan terbaru portal Berita Harian mengesahkan bahawa persidangan anti-jawi Dong Zong yang dijadualkan berlangsung esok, bersamaan 28hb Disember 2019, telah dibatalkan susulan satu perintah mahkamah yang mengarahkan pembatalan tersebut.
Menurut laporan, ahli Jawatankuasa Dong Zong, Low Chee Chong, berkata pihaknya akur dengan larangan mahkamah yang diterima jam 5.10 petang tadi.
Saya dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa meletakkan kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat mengatasi segalanya.
Saya turut isytiharkan pembatalan sebarang bentuk perhimpunan esok dari pihak saya, samada untuk membantah Dong Zong ataupun untuk membantah kongres anti-jawi.
SUBANG JAYA: Laporan terbaru portal Berita Harian mengesahkan bahawa persidangan anti-jawi Dong Zong yang dijadualkan berlangsung esok, bersamaan 28hb Disember 2019, telah dibatalkan susulan satu perintah mahkamah yang mengarahkan pembatalan tersebut.
Menurut laporan, ahli Jawatankuasa Dong Zong, Low Chee Chong, berkata pihaknya akur dengan larangan mahkamah yang diterima jam 5.10 petang tadi.
Sehubungan itu, katanya, semua wakil dan pertubuhan terbabit diminta membatalkan kehadiran ke Persidangan Pertubuhan Cina berkenaan.
“Pihak polis mendapatkan perintah mahkamah atas alasan mengganggu ketenteraman dan tidak membenarkan persidangan ini diadakan di sebuah kolej di Kajang yang dijadual berlangsung esok.
“Dong Zong akan memberi maklum balas seterusnya selepas perbincangan dalaman selepas ini,” katanya kepada BH, hari ini.
Saya dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa meletakkan kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat mengatasi segalanya.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Dong Zong kerana akur pada perintah mahkamah dan menasihati Low Chee Chong supaya berhenti berangan-angan hendak adakan persidangan yang bersangkut-paut dengan jawi atau khat selepas ini.
Saya turut isytiharkan pembatalan sebarang bentuk perhimpunan esok dari pihak saya, samada untuk membantah Dong Zong ataupun untuk membantah kongres anti-jawi.
RJ RITHAUDEEN
