Dong Zong batal kongres, perhimpunan saya turut batal

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Dong Zong kerana akur pada perintah mahkamah. Sumber (gambar): TTF

Laporan terbaru portal Berita Harian mengesahkan bahawa persidangan anti-jawi Dong Zong yang dijadualkan berlangsung esok, bersamaan 28hb Disember 2019, telah dibatalkan susulan satu perintah mahkamah yang mengarahkan pembatalan tersebut.

Menurut laporan, ahli Jawatankuasa Dong Zong, Low Chee Chong, berkata pihaknya akur dengan larangan mahkamah yang diterima jam 5.10 petang tadi.

Saya dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa meletakkan kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat mengatasi segalanya.

Saya turut isytiharkan pembatalan sebarang bentuk perhimpunan esok dari pihak saya, samada untuk membantah Dong Zong ataupun untuk membantah kongres anti-jawi.


SUBANG JAYA: Laporan terbaru portal Berita Harian mengesahkan bahawa persidangan anti-jawi Dong Zong yang dijadualkan berlangsung esok, bersamaan 28hb Disember 2019, telah dibatalkan susulan satu perintah mahkamah yang mengarahkan pembatalan tersebut.

Menurut laporan, ahli Jawatankuasa Dong Zong, Low Chee Chong, berkata pihaknya akur dengan larangan mahkamah yang diterima jam 5.10 petang tadi.




Sehubungan itu, katanya, semua wakil dan pertubuhan terbabit diminta membatalkan kehadiran ke Persidangan Pertubuhan Cina berkenaan.

“Pihak polis mendapatkan perintah mahkamah atas alasan mengganggu ketenteraman dan tidak membenarkan persidangan ini diadakan di sebuah kolej di Kajang yang dijadual berlangsung esok.

“Dong Zong akan memberi maklum balas seterusnya selepas perbincangan dalaman selepas ini,” katanya kepada BH, hari ini.

Saya dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sentiasa meletakkan kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat mengatasi segalanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Dong Zong kerana akur pada perintah mahkamah dan menasihati Low Chee Chong supaya berhenti berangan-angan hendak adakan persidangan yang bersangkut-paut dengan jawi atau khat selepas ini.

Saya turut isytiharkan pembatalan sebarang bentuk perhimpunan esok dari pihak saya, samada untuk membantah Dong Zong ataupun untuk membantah kongres anti-jawi.

RJ RITHAUDEEN

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...