
دوڠ زوڠ ڬمبيرا ڤريكتن ناسيونل رانچڠ بينا لبيه باڽق سكوله چينا
Sebuah portal berita memetik Sin Chew Daily sebagai berkata kumpulan pendidik Dong Zong memuji rancangan kerajaan untuk terus memajukan dan membina 10 SJKC baru dan memindahkan enam yang lain ke tempat yang lebih besar.
Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim gembira dengan pengumuman presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong baru-baru ini mengenai rancangan itu sambil berkata, keputusan itu akan menyelesaikan masalah bilik darjah yang sesak dan kesesakan lalu lintas di sekolah-sekolah sekarang.
TTF bagaimanapun mendapati pendedahan ini agak aneh memandangkan sebelum ini, beberapa pemimpin PAS yang kini bersekutu dengan PPBM dalam Perikatan Nasional (tanpa UMNO) beriya-iya memperjuangkan penghapusan sekolah vernakular.
Malah, di muktamar PAS yang berlangsung pada 23hb Jun 2019, wakil Muslimat Salamiah Md Nor menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan sekolah vernakular atas alasan tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.
PETALING JAYA: Sebuah portal berita memetik Sin Chew Daily sebagai berkata, kumpulan pendidik Dong Zong memuji rancangan kerajaan untuk terus memajukan dan membina 10 SJKC baru dan memindahkan enam yang lain ke tempat yang lebih besar.
Menurut Info Rakyat, presiden Dong Zong, Tan Tai Kim gembira dengan pengumuman presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong baru-baru ini mengenai rancangan itu sambil berkata, keputusan itu akan menyelesaikan masalah bilik darjah yang sesak dan kesesakan lalu lintas di sekolah-sekolah sekarang.
TTF bagaimanapun mendapati pendedahan ini agak aneh memandangkan sebelum ini, beberapa pemimpin PAS yang kini bersekutu dengan PPBM dalam Perikatan Nasional (tanpa UMNO) beriya-iya memperjuangkan penghapusan sekolah vernakular.
Malah, di muktamar PAS yang berlangsung pada 23hb Jun 2019, wakil Muslimat Salamiah Md Nor menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan sekolah vernakular atas alasan tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.
Dua hari kemudian, portal berita rasmi PAS (Harakah) menerbitkan sebuah artikel tulisan Dr Kamarul Zaman Yusoff yang mempertahankan gesaan Salamiah itu sambil memetik kenyataan pelbagai NGO dan pemimpin politik yang turut menggesa agar sekolah vernakular dihapuskan.
Sementara iu, Wee Ka Siong, yang kini menjadi menteri kerajaan, dilaporkan telah mengumumkan minggu lalu bahawa rancangan untuk terus memajukan dan membina 10 SJKC baru akan dimulakan semula.
Wee turut dilaporkan mengkritik tindakan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan yang didakwa memberhentikan pembinaan sebuah sekolah Cina bawah rancangan 10 + 6 dengan alasan ada SJKC lain yang berjarak kurang dari 2km dari lokasi bangunan yang dicadangkan.
Begitu juga, Tan mengkritik alasan yang diberikan oleh pentadbiran sebelum ini kerana menolak rancangan membina sekolah SJKC baharu.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
