
“Tempoh hari, menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen, saya mencabar Lim Kit Siang untuk berdebat dengan saya live di rangkaian televisyen pilihan beliau.
“Tujuan saya berbuat demikian adalah bagi membuktikan bahawa orang yang saya anggap berminda komunis ini anti-Islam, rasis dan bersekongkol dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menawan’ Putrajaya.
“Pada mulanya, saya sangkakan Kit Siang kecut terus dan tidak berani menyahut cabaran saya.
“Walaubagaimanapun, saya baru diberitahu awal pagi tadi bahawa beliau sedang membuat pertimbangan dan mungkin akan berdebat dengan saya live di media arus perdana.
“Saya harap berita ini benar, kerana hanya dengan cara ini rakyat Malaysia dapat menilai siapa yang bercakap benar dan siapa yang rasis.
“Don’t be a coward, Uncle Lim”
RJ Rithaudeen
