“Double standard” kerajaan Pakatan dalam menghadapi dua orang yang menghasut Sultan berbanding dua orang yang mempertahan Sultan

Dato’ Lokman Adam

Pemantau Malaysia Baru dengan sekeras-kerasnya membantah tindakan terpilih yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang telah menangkap dua individu di bawah Akta Hasutan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengantung sepandok atau banner yang menyokong kedaulatan DYMM Yang Di Pertuan Agong.

Sungguhpun kami membantah perkataan pendatang yang digunakan di banner tersebut terhadap Tony Pua dan Utayakumar, tindakan terpilih ini jelas bercanggah dengan prinsip ‘Rule of Law’ yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan.  Ini adalah kerana penderhaka sebenar Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais masih bebas tanpa sebarang tindakan yang saksama dari pihak PDRM.

Kedua-dua individu ini telah secara terang-terang menghina dan mencabar martabat serta kedaulatan DYMM YDP Agong dan juga institusi Raja-Raja Melayu. Persoalan yang patut ditanya oleh rakyat jelata ialah

1. Adakah tindakan mengantung sepandok (banner) dianggap kegiatan yang lebih menghasut dari artikel yang dikeluarkan oleh Kadir Jasin atau fitnah oleh Hishamuddin Rais dalam blognya ‘Tukar Tiub’?

2. Bukankah laporan polis telah dibuat ke atas mereka?

3. Adakah ini reformasi yang dijanjikan sedangkan ‘Rule of Law’ tidak boleh dipertahankan?

4. Adakah pendakwaan hari ini tertumpu kepada rakyat marhain sahaja, manakala kenamaan Pro Pakatan Harapan diberikan imuniti dari tindakan undang-undang?

5. Mengapakah waran tangkap masih belum dikeluarkan untuk Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais?

6. Mengapakah Pimpinan Pakatan Harapan, Maria Chin dan Lateefa Koya mempertahankan Kadir Jasin dan Hishammudin Rais yang jelas bercanggah dengan Akta Hasutan 1948 atas nama kebebasan bersuara dan kerajaan baru, tetapi sunyi sepi apabila dua pemuda yang mempertahankan Raja-Raja Melayu ditangkap dibawah akta yang sama.

Pakatan Harapan haruslah ingat bahawa rakyat Malaysia akan melihat dan menilai tindakan berat sebelah mereka yang jelas gagal mempertahankan keutuhan perlembagaan serta ‘Rule of Law’ yang menjadi agenda reformasi kerajaan Pakatan.  Penangkapan dua individu ini juga jelas menunjukkan bahawa janji untuk menghapuskan Akta Hasutan sudah dibakul sampahkan.

Comments

Comments


Loading...