Dr M memiliki 10 juta saham dalam syarikat yang memiliki “The Loaf”

Dato’ Eric See-To

Pagi ini, Tun Dr Mahathir menafikan bahawa beliau memiliki saham dalam kedai roti premium, The Loaf, yang menutup perniagaannya selepas 12 tahun beroperasi.

Sekian lama, Tun Mahathir telah memberitahu bahawa The Loaf ialah syarikat beliau tetapi tiba-tiba bila syarikat itu gulung tikar, dengan kerugian RM32 juta, Mahathir menafikan ada saham pula.

Ini tidak benar. Rekod SSM menunjukkan bahawa Tun Mahathir milik 10.062 juta saham dalam syarikat MBM Consolidated Resources yang merupakan pemilik “The Loaf”.
(Nama syarikat MBM dipercayai ialah singkatan untuk Mahathir Bin Mohamad)

Tun Mahathir juga merupakan pengarah syarikat itu.

Selain dari itu, Tun Mahathir juga kata dia hanya memiliki 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Ini juga tidak benar. Tun Mahathir juga pemilik syarikat Eurola Sdn Bhd dan syarikat Evektor – yang dua-duanya pembina kapal terbang.

Tun Mahathir juga pemilik ketiga besar dalam Hotel bertarag lima bintang Palace of Golden Horses dekat remah beliau.

Bukti-bukti sahih ini telah saya pamerkan disini.

Sumber: Eric See-To

Comments

Comments

Comments

Comments



Loading...