Dr Shamsher: Orang macam Kit Siang patut malu

Shamsher merujuk kepada sebuah buku teks berjudul “The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal” tulisan Kit Siang. Sumber (gambar): TTF

Lim Kit Siang harus malu dengan jawapan yang diberikannya kepada seorang individu apabila ditanya samada tindakan akan diambil terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad apabila PH memenangi Putrajaya.

Dalam sesi soal-jawab yang berlangsung pada 21hb November 2017, Kit Siang dilihat kelam kabut menjawab pertanyaan tersebut dengan kata-kata yang mengelirukan dan tidak menepati kehendak soalan.

Shamsher menerangkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sememangnya mencadangkan agar Dr Mahathir dan Daim Zainuddin disiasat untuk kesalahan pecah amanah dan penipuan setelah mengakibatkan Bank Negara mengalami kerugian sebanyak RM 31.5 billion di sekitar tahun 1990-an.

“Tetapi apabila ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap Dr Mahathir selepas PH memenangi Putrajaya, jawapan yang dia beri kelam kabut.

“Orang macam ini yang patut malu.”


SUBANG JAYA: Lim Kit Siang harus malu dengan jawapan yang diberikannya kepada seorang individu apabila ditanya samada tindakan akan diambil terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad selepas PH memenangi Putrajaya.

Demikian menurut penyarah perundangan, Dr Shamsher Singh Thind, yang merujuk kepada satu sesi soal jawab bersama sekumpulan anak-anak muda di sebuah dewan di Petaling Jaya, dihadiri oleh kedua-dua Mahathir dan Kit Siang




Dalam sesi tersebut, yang berlangsung pada 21hb November 2017, Kit Siang dilihat kelam kabut menjawab pertanyaan tersebut dengan kata-kata yang mengelirukan dan tidak menepati kehendak soalan.

Artikel bersambung selepas klip video ini

Sumber: KiniTV

“Saya tidak pernah memanggilnya ‘Mahafiraun’, ‘Mahazalim’ atau korup.

“Sebagai perdana menteri, saya memegangnya bertanggungjawab terhadap semua penyalahgunaan kuasa termasuk Operasi Lalang, dia berkata dia bertindak atas nasihat keselamatan.

“Tetapi sebagai menteri dalam negeri, dia harus bertanggungjawab berhubung tangkapan ke atas semua tahanan,” katan Lim.

Loading...

Shamsher menerangkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mencadangkan agar Dr Mahathir dan Daim Zainuddin disiasat untuk kesalahan pecah amanah dan penipuan setelah mengakibatkan Bank Negara mengalami kerugian sebanyak RM 31.5 billion di sekitar tahun 1990-an.

“Oleh kerana tidak puas hati, Dr Mahathir memfailkan saman pemula untuk mengetepikan cadangan RCI.

“Namun, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula itu pada 17 Disember 2018 atas alasan bahawa cadangan RCI tidak boleh disemak oleh Mahkamah.

“Rayuan juga ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 28 Ogos 2019,” kata Shamsher.

Penysarah tersebut kemudian merujuk kepada sebuah buku teks berjudul “The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal” tulisan Kit Siang.

“Mati-mati dia percaya Dr Mahathir terlibat.

“Tetapi apabila ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap Dr Mahathir selepas PH memenangi Putrajaya, jawapan yang dia beri kelam kabut.

“Orang macam ini yang patut malu.”

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...