Dua dekad Anwar bersama DAP berjaya runtuhkan kuasa Melayu-Islam

“Saya beri jaminan bahawa misi Anwar tidak akan tercapai, kerana segala apa yang berlaku hari ini adalah sepertimana yang dijangka dari awal dan akan berakhir dengan penguburan karier politik Anwar dan DAP tidak lama lagi”

Raggie Jessy Rithaudeen

Mungkin ada yang lupa, bahawa bekas pemimpin UMNO yang mula-mula memasuki perjanjian kesefahaman dengan Lim Kit Siang dan DAP tak lain tak bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad.




Tanggal bulan September tahun 1998, tidak lama selepas Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas tuduhan liwat, Kit Siang bergegas ke rumah beliau sebagai tanda sokongan biarpun tahu orang yang mula-mula mengungkitkan kegiatan homoseks Anwar di parlimen ialah mediang Karpal Singh, pengerusi DAP pada ketika itu.

Pertemuan Kit Siang dan Anwar menyebabkan terjalinnya satu usahasama dua hala antara Parti DAP dan Keadilan sebelum termetrai perjanjian kesefahaman antara kedua-dua parti berkenaan dengan PAS selepas Pilihan Raya Umum ke 12.

Ini bermakna Anwar sudahpun menjalin hubungan erat dengan Kit Siang dan DAP selama 21 tahun, berbeza dengan Mahathir, yang hanya memasuki perjanjian dengan DAP tiga tahun lepas dengan niat ingin menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Pada 30hb Oktober 2019, saya menulis:

Sebelum PRU14, matlamat Mahathir adalah untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang sememangnya diketahui oleh sekumpulan pakar politik tidak mampu bertahan lama.

Mahathir tahu, seandainya BN memenangi PRU14, gabungan tersebut tidak akan mampu melepasi PRU15 dan akan memasuki perjanjian pintu belakang dengan Anwar dalam keadaan terdesak sebelum PRU tersebut diadakan.

Justeru, Mahathir membuat keputusan untuk bersekutu dengan DAP atas dasar “to defeat the common enemy,” yakni “menumpaskan musuh bersama,” di mana kedua-dua DAP dan PPBM bersetuju untuk berganding bahu bagi menumpaskan UMNO yang difikirkan tersasar dari landasan kebenaran.

Loading...

Setelah berjaya menumbangkan UMNO pada PRU14, beliau terus mengorak langah melakukan tiga perkara berikut secara berperingkat:

    1. memberikan kuasa ‘mutlak’ kepada DAP untuk menentukan aliran dan agihan kewangan negara kecuali dalam hal-hal bersabit raja-raja Melayu.
    2. memberikan kuasa ‘mutlak’ kepada DAP untuk mengawal perundangan, dan
    3. memberikan kuasa kepada AMANAH untuk menentukan dasar-dasar agama dengan niat menguji kesabaran dan keikhlasan PAS.

Ini menjurus kepada pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, Dato’ Seri Mujahid bin Yusof Rawa sebagai Menteri Agama dan Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara.

Mahathir kemudiannya membiarkan Guan Eng dan kuncu-kuncunya, termasuk Tony Pua, untuk mengurus Kementerian Kewangan sesuka hati tanpa sebarang kekangan melainkan keputusan-keputusan bersabit raja-raja Melayu dan Bumiputra yang memerlukan persetujuan daripadanya terlebih dahulu.

Hakikatnya, segala apa yang berlaku berjaya menunjukkan kepada masyarakat Melayu-Islam betapa buruk natijahnya apabila pemimpin Melayu-Islam bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan parti tersebut sebahagian daripada gabungan parti pemerintah.

Ya, andaikata Mahathir tidak menumbangkan BN, gabungan tersebut tidak akan mampu melepasi PRU15 dan sudah pasti memasuki perjanjian pintu belakang dengan Anwar dalam keadaan terdesak.

Pada ketika ini sahaja, kita dapat melihat betapa terdesaknya DAP menjadikan Anwar Perdana Menteri hinggakan Kit Siang boleh mengugut untuk bersara sekiranya Mahathir tidak tunaikan ‘janji’ peralihan kuasa.

Jadi bayangkanlah betapa tersasarnya pemimpin-pemimpin Melayu-Islam yang kebelakangan ini cuba mengaitkan Mahathir dengan DAP biarpun tahu si Mahathir sudahpun mengorak langkah menekan parti rasis berkenaan menerusi penangkapan empat orang ahlinya atas tuduhan terlibat dengan keganasan LTTE.

Pemimpin-pemimpin ini sengaja cuba menimbulkan persepsi seolah-olah Mahathir masih lagi bersubahat dengan Kit Siang biarpun tahu pihak yang menyokong DAP dalam isu penangkapan LTTE tak lain tak bukan Anwar Ibrahim.

Ya, bukan hanya Anwar mempersoalkan penangkapan empat orang pemimpin DAP bawah Akta SOSMA 2012, beliau tergamak mempertahankan mereka sambil menegur masyarakat Melayu-Islam untuk “tidak membuat tuduhan palsu terhadap DAP.”

Malangnya, ada pemimpin Melayu-Islam yang amat terdesak menjadikan Anwar Perdana Menteri hingga sanggup bersetuju seorang pemimpin kanan DAP dilantik sebagai timbalannya.

Apapun, saya memberi jaminan bahawa misi Anwar tidak akan tercapai, kerana segala apa yang berlaku hari ini adalah sepertimana yang dijangka dari awal dan akan berakhir dengan penguburan karier politik Anwar dan DAP tidak lama lagi.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini bukanlah kebimbangan saya bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri, tetapi perlunya masyarakat Melayu-Islam membuka mata seluas yang mungkin untuk kenalpasti identiti pemimpin yang cuba mengalihkan fokus rakyat daripada Anwar kepada Mahathir.

Ketahuilah, bahawa pihak inilah yang akhirnya akan jual maruah masyarakat Melayu-Islam kepada puak rasis dan pro-evangelis demi menjayakan kepentingan peribadi dan karier politik masing-masing.

Bersambung…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...