Dua individu Melayu ditahan kerana ugut peniaga Cina disyaki hina Agong

Dua lelaki kelihatan mengugut seorang peniaga Cina dalam ‘screen capture’ video yang tular

Polis menahan dua lelaki kerana disyaki mengugut seorang peniaga yang dikatakan memuat naik kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mohamad Noor berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketua Polis Pahang Datuk Zakaria Ahmad meminta orang awam untuk tidak membuat tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengikut undang-undang.


KUANTAN: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki mengugut seorang peniaga yang dikatakan memuat naik kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata suspek yang berusia 32 dan 36 tahun itu, masing-masing berasal dari Bandar Indera Mahkota dan Bukit Setongkol di sini, ditahan selepas mangsa membuat laporan pada 8.30 malam semalam.




“Siasatan awal mendapati suspek telah memarahi mangsa di kedainya di sini, kerana marah dengan komen mangsa di laman sosial Facebook yang disifatkan menghina institusi Diraja dan kemuliaan raja-raja Melayu.

“Mangsa juga mendakwa suspek ada mengeluarkan perkataan berunsurkan ugutan bagi menakut-nakutkan dia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

https://youtu.be/ylfIEl17Aoc

Video pertikaman lidah antara dua individu tersebut bersama mangsa tular. Sumber: Utusan Online

Mohamad Noor berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata mangsa dalam laporannya mendakwa komen yang dikatakan menghina itu dimuat naik pada petang Khamis lepas, semasa membalas komen pada akaun milik rakannya yang tertera gambar Sultan Abdullah.

“Pengadu mendakwa telah memadamkan komen itu selepas menyedari gambar tersebut ialah gambar Yang di-Pertuan Agong. Dia mendakwa didatangi dua lelaki pada petang semalam yang menegur kelakuan tersebut.

“Mangsa seterusnya mendakwa dia didatangi empat lagi lelaki pada 4.30 petang semalam yang memaki hamun dan mengajaknya bergaduh disebabkan komen itu,” katanya.

Loading...

Menurut Mohamad Noor, siasatan berkaitan kes menghina Yang di-Pertuan Agong itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Semalam, sebuah video berdurasi seminit 37 saat tular di laman sosial yang memaparkan dua lelaki cuba meminta penjelasan daripada seorang lelaki yang didakwa menghina Sultan Abdullah di laman Facebook.

Ketua Polis Pahang Datuk Zakaria Ahmad meminta orang awam untuk tidak membuat tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengikut undang-undang.

Sumber: Astro Awani



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...