Dua peristiwa penting di Sabah bakal jadi tumpuan hari ini

Mesyuarat khas SPR esok dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang di The Magellan Sutera Resort di sini.  Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom akan mempengerusikan mesyuarat dan mengadakan sidang media pada 4 petang. Sumber (gambar): Fail TTF

دوا ڤريستيوا ڤنتيڠ د سابه باكل جادي تومڤوان هاري اين

Dua peristiwa penting yang mencipta sejarah akan diketahui esok iaitu berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16z

Pada sebelah pagi, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah.

Pada sebelah petang pula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh PRN.

Mohd Shafie yang merupakan Ahli Parlimen Semporna dan ADUN Senallang, mendahului langkah Musa dengan menasihati Juhar agar membubarkan DUN yang ketika itu mempunyai 65 ahli iaitu 60 dipilih dan lima dilantik.


KOTA KINABALU: Tumpuan seluruh negara akan beralih ke negeri Sabah esok.

Dua peristiwa penting yang mencipta sejarah akan diketahui esok iaitu berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16z




Pada sebelah pagi, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah.

Pada sebelah petang pula, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh PRN.

Di Mahkamah Tinggi, Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim akan membuat keputusan berhubung permohonan mendapatkan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin membubarkan DUN.

Shim menetapkan 17 Ogos untuk membuat keputusan itu selepas isu dibawa ke mahkamah pada 7 Ogos lepas oleh Tengku Fuad Ahmad, peguam bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman dan 32 ADUN yang lain.

Pada 29 Julai, kesemua 33 ADUN berkenaan termasuk Musa mendakwa mereka membentuk majoriti di DUN dan mahu Juhar mengadakan majlis angkat sumpah kerajaan baharu, sekali gus menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie yang merupakan Ahli Parlimen Semporna dan ADUN Senallang, mendahului langkah Musa dengan menasihati Juhar agar membubarkan DUN yang ketika itu mempunyai 65 ahli iaitu 60 dipilih dan lima dilantik.

Dalam permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman, Musa dan ADUN yang menyokongnya meminta perintah mahkamah untuk membatalkan nasihat Mohd Shafie kepada Juhar agar membubarkan DUN, membatalkan pengisytiharan pembubaran DUN dan membatalkan warta pembubaran kerajaan negeri.

Loading...

Mereka menamakan Juhar sebagai responden pertama,  Mohd Shafie sebagai yang kedua, SPR yang ketiga, dan kerajaan Sabah sebagai yang keempat.

Tindakan mahkamah diambil selepas Musa dan 32 ADUN lagi gagal mengadakan pertemuan dengan Juhar. Konvoi kenderaan yang membawa rombongan ADUN terbabit ke Istana Negeri mendapati laluan ke istana ditutup oleh pihak berkuasa.

Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Abinan Asli berkata pada 6 Ogos bahawa istana tidak pernah menerima permintaan rasmi atau tidak rasmi daripada Musa untuk mengadakan perjumpaan dengan Juhar.

Beliau juga berkata istana tidak pernah mengarahkan pihak polis menghalang rombongan Musa, sebaliknya sekatan jalan raya dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian tidak diingini susulan pembubaran DUN.

Istana juga menyangkal dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengatakan Juhar menyalahgunakan kuasa dan telah menerima imbuhan untuk membubarkan DUN.

Berikutan pembubaran DUN itu, SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan PRN.

Mesyuarat khas SPR esok dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang di The Magellan Sutera Resort di sini.  Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom akan mempengerusikan mesyuarat dan mengadakan sidang media pada 4 petang.

Beliau dijangka mengumumkan tarikh-tarikh penting urusan pilihan raya seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, Daftar Pemilih Terakhir Diperakui yang akan digunakan serta persiapan lain, dengan mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19.

SPR berpengalaman dalam menjalankan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini di Pahang pada 4 Julai lepas ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berakhir 31 Ogos ini. Suruhanjaya itu juga dalam proses melaksanakan PRK Slim di Perak yang hari pengundiannya pada 29 Ogos.

PRN Sabah akan menyaksikan 73 kerusi DUN dipertandingkan, tambahan 13 kerusi berbanding 60 pada pilihan raya terdahulu selepas Dewan Rakyat meluluskan syor SPR agar kerusi DUN Sabah ditambah.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...