Duit raya Felda: “Ey, bangkitlah, bangunlah, bukak mata kamu” – Mahathir

Setelah menabur pelbagai janji, termasuk bantuan yang kononnya tidak sampai akibat dari kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, Mahathir tergamak bertanyakan kepada Guan Eng “ada ka” apabila ditanya pemberita berkenaan duit raya untuk peneroka Felda. Sumber (gambar): Fail TTF

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dengan sinis bertanya kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng samada peneroka Felda sudah dibayar duit raya.

Tindak-tanduk beliau dilihat memperlekeh peneroka Felda yang  sebelum pilihanraya umum ke-14 ditakut-takutkan dengan dakwaan kononnya tanah mereka akan dirampas jika Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menjadi Perdana Menteri.

Persoalannya, di manakah pergi dana RM275 juta yang sebelum ini di ‘salah-tafsir’ sebagai ‘hutang negara’ oleh Guan Eng?


TANJUNG MALIM: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dengan sinis bertanya kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng samada peneroka Felda sudah dibayar duit raya.

Berucap di sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kompleks Kementerian Kewangan, Mahathir menyerahkan keputusan berkenaan bayaran tersebut kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.




“Ada ka? (Tun tanya Guan Eng) Saya tak tahu. Pegawai kerajaan kita sudah bagi dah. Tetapi tak tahulah mereka ini pegawai atau tidak. Kena tanya  Azmin,” katanya dalam sidang media tersebut.

Tindak-tanduk beliau dilihat memperlekeh peneroka Felda yang sebelum PRU14 ditakut-takutkan dengan dakwaan kononnya tanah mereka akan dirampas jika Dato’ Seri Najib Tun Razak terus menjadi Perdana Menteri.

Sebulan selepas menabur fitnah tersebut, Mahathir mendakwa kerajaan BN membebani peneroka dengan hutang berikutan kejatuhan nilai saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang diwujudkan pentadbiran Najib pada 2012.

“Orang Felda berasa amat sedih dengan cara-cara Najib ini. Kita dapati bahawa terdapat 54 kawasan pilihanraya yang mana ada Felda punya skim. Ada kononnya 20-30 (kawasan) lagi yang masih sokong Najib.

“Ey, bangkitlah, bangunlah, bukak mata kamu,” ujar Mahathir.

Hari ini, peneroka sudah pun membuka mata.

Setelah menabur pelbagai fitnah dan janji, termasuk janji bantuan yang kononnya tidak sampai akibat daripada kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, Mahathir tergamak bertanya kepada Guan Eng “ada ka” apabila ditanya pemberita berkenaan duit raya untuk peneroka Felda.

Beliau berpura-pura tidak tahu berkenaan pengumuman Azmin yang mengesahkan tidak ada pemberian duit raya kepada 112,635 peneroka Felda atas alasan kewangan negara dibebani pelbagai hutang.

Azmin mungkin lupa, bahawa Lim Guan Eng sudahpun membongkarkan penipuan kerajaan persekutuan berkenaan hutang negara apabila mengaku semasa pembentangan Bajet 2019 bahawa hutang sebenar berada pada tahap RM725.2 bilion dan bukannya RM1 trilion sepertimana yang diwar-warkan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini.

Persoalannya, di manakah pergi dana RM275 juta yang sebelum ini di ‘salah-tafsir’ sebagai ‘hutang negara’ oleh Guan Eng?

Apakah kerajaan tidak boleh sedekahkan satu peratus dari dana tersebut untuk membayar 112,635 peneroka Felda bagi bekalan duit raya mereka?

Begitu kejamkah kerajaan Pakatan Harapan?

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...