Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke China ugut roboh rumah sewa di Bintulu jika gagal patuh SOP

Tiong berkata terdapat kes di mana penyewa rumah sewa berulang kali melintas daerah untuk bekerja dan apabila pulang ke Bintulu, mereka diuji positif. Sumber (gambar): Fail TTF

دوتا خاص ڤردان منتري مليسيا ك چينا اوڬوت روبوه رومه سيوا د بينتولو جك ڬاڬل ڤاتوه سوڤ

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk memastikan bahawa seluruh rakyat Malaysia terhindar daripada wabak COVID-19.

Namun di Sarawak, ada kelainan sedikit yang ditampilkan, iaitu pemilik rumah sewa bakal berdepan tindakan rumahnya akan diroboh sekiranya terus gagal mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Memetik laporan daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak, perkara ini dikatakan sendiri oleh Ahli Parlimen Bintulu Dato Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata tindakan ini hadir selepas beberapa arahan telah dikeluarkan kepada pemilik agar tidak menyewakan unit mereka kepada penyewa dari luar daerah Bintulu dalam keadaan di mana kes COVID-19 di Sarawak semakin meningkat.


Prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk memastikan bahawa seluruh rakyat Malaysia terhindar daripada wabak Covid-19.

Bagi individu atau kumpulan yang gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan, ia boleh didenda sebanyak RM10,000 atau berdepan hukuman penjara.




Namun di Sarawak, ada kelainan sedikit yang ditampilkan, iaitu pemilik rumah sewa bakal berdepan tindakan rumahnya akan diroboh sekiranya terus gagal mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Memetik laporan daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak, perkara ini dikatakan sendiri oleh Ahli Parlimen Bintulu Dato Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata tindakan ini hadir selepas beberapa arahan telah dikeluarkan kepada pemilik agar tidak menyewakan unit mereka kepada penyewa dari luar daerah Bintulu dalam keadaan di mana kes COVID-19 di Sarawak semakin meningkat.

“Ini adalah kali terakhir saya beri amaran dan rayuan. Tidak akan ada tolenrasi selepas ini dan tuan tanah tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa kerana mengambil tindakan yang lebih ketat,” katanya.

Tiong berkata bahawa terdapat kes di mana penyewa rumah sewa berulang kali melintas daerah untuk bekerja dan apabila pulang ke Bintulu, mereka diuji positif.

Situasi ini telah mengakibatkan rumah sewa terbabit dikenakan perintah kawalan pergerakan sebanyak tiga kali, “Mengapa rakyat terus berdegil dan gagal patuh SOP?” Katanya seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

Tajuddin tak payah kelentong, mengaku sahaja Zahid, Najib cuba runding dengan Muhyiddin



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...