ECRL – ANWAR CUBA KELIRUKAN RAKYAT? (PENDEDAHAN PENUH)

“Kos keseluruhan meningkat beberapa bilion di bawah pentadbiran Anwar berbanding pentadbiran Mahathir. Kesimpulannya, pentadbiran Anwar tidak berjaya menurunkan kos ECRL walau sesen pun, manakala Mahathir berjaya menjimatkan antara RM16-20 bilion dengan rundingan semula projek ECRL”

RAGGIE JESSY RITHAUDEEN

Media melaporkan bahawa kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur sepanjang 665 kilometer berjaya dijimatkan sebanyak RM11.01 bilion berbanding jumlah keseluruhan sebanyak RM85.97 bilion yang ditetapkan pada 2016.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kejayaan ‘menjimatkan’ kos ini dicapai menerusi rundingan cekap dilaksanakan Kementerian Kewangan; Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya sebelum ini.




Namun, bukan hanya kenyataan ini tidak memberi gambaran sebenar kos-kos terbabit, Anwar seharusnya menjelaskan bagaimana kos projek berkenaan meningkat setelah kos asalnya dikurangkan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Artikel bersambung di bawah video ini:

Biar saya jelaskan:

1.     Kos asal pembinaan ECRL merangkumi dua fasa – fasa pertama membabitkan pembinaan 22 stesen bagi 600.3 km perjalanan, manakala fasa kedua membabitkan beberapa stesen tambahan bagi 88 km perjalanan.

2.     Kesemua ini menelan belanja RM55 bilion untuk dibina.

3.     Kemudian, pada 3 Mei 2017, kabinet Najib meluluskan penambahan jarak perjalanan di sebelah utara membabitkan kos tambahan sebanyak RM1.28 bilion.

Loading...

4.     Pada 23 Ogos 2017 pula, kabinet Najib setuju menaik-taraf ECRL kepada projek landasan kembar dengan kos tambahan sebanyak RM10.5 billion.

5.     Ini menjadikan jumlah keseluruhan kos pembinaan sebanyak RM66.78 bilion.

6.     Manakala itu, jumlah keseluruhan kos (atau kos projek) jika diambil kira kos pembelian tanah, faedah, kos pengurusan dan kos operasi lain disahkan bernilai RM85.97 bilion.

7.     Kemudian, setelah projek itu dirunding semula di bawah pentadbiran Mahathir, kos pembinaan berjaya dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asalnya pada RM66.78 bilion.

8.     Ini menjadikan kos pembinaan baharu sebanyak RM45.28 bilion.

9.     Pada 5 April 2021, Menteri Pengangkutan baharu, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata anggaran itu tidak termasuk kuantiti peruntukan dan kos pengabaian ECRL 1.0.

10.  Pada 2 Disember 2021 pula, Wee mendedahkan bahawa kos pembinaan sebenarnya bernilai RM50.27 bilion.

11.  Di bawah pentadbiran Anwar, kos pembinaan kekal pada RM50.27 bilion, namun kos keseluruhan adalah RM74.96 bilion.

12.  Jika dibandingkan dengan kos keseluruhan di bawah pentadbiran Najib (RM85.97 bilion), semestinya ini adalah penjimatan sebanyak sebanyak RM11.01 bilion.

13.  Namun, jika dibandingkan dengan kos pembinaan yang di kurangkan di bawah pentadbiran Mahathir (dan jika diikutkan apa yang didedahkan oleh Wee Ka Siong, sebanyak RM50.27), tidak berlaku sebarang penurunan kos pembinaan di bawah pentadbiran Anwar.

14. Sebaliknya, kos keseluruhan meningkat beberapa bilion di bawah pentadbiran Anwar berbanding pentadbiran Mahathir.

14.  Kesimpulannya, pentadbiran Anwar tidak berjaya menurunkan kos ECRL walau sesen pun, manakala Mahathir berjaya menjimatkan antara RM16-20 bilion dengan rundingan semula projek ECRL.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...