
Tidak ada beza antara Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba yang diperuntukkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan menerusi peruntukan Belanjawan 2020 dengan elaun yang diberikan kerajaan pimpinan Barisan Nasional sebelum PRU14.
Hakikatnya, pada 21hb Mac 2018, mantan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, mengumumkan elaun khas dalam jumlah yang sama berkuatkuasa 1hb April 2018.
Malah, beliau turut mengumumkan penambahan elaun sebanyak RM2 khusus bagi anggota bantuan bomba daripada RM6 sejam kepada RM8 sejam, manakala bagi pegawai daripada RM7.80 kepada RM9.80 berkuat kuasa tarikh sama.
Kementerian Kewangan seharusnya lebih telus dengan melabelkan bantuan tersebut sebagai “kesinambungan skim elaun khas oleh kerajaan lepas.”

PETALING JAYA: Tidak ada beza antara Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba yang diperuntukkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan menerusi peruntukan Belanjawan 2020 dengan elaun yang diberikan kerajaan pimpinan Barisan Nasional sebelum PRU14.
Jumaat lepas, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, seramai14,400 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapat manfaatmenerusi pemberian elaun RM200 sebulan oleh kerajaan pusat.
Katanya, pemberian elaun yang sememangnya ditunggu sejak dipohon pada 2015 mengurangkan beban kos sara hidup pada masa kini yang semakin mencabar.
Kenyataan Hamdan tidak tepat.
Hakikatnya, pada 21hb Mac 2018, mantan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, mengumumkan elaun khas dalam jumlah yang sama berkuatkuasa 1hb April 2018.
Malah, beliau turut mengumumkan penambahan elaun sebanyak RM2 khusus bagi anggota bantuan bomba daripada RM6 sejam kepada RM8 sejam, manakala bagi pegawai daripada RM7.80 kepada RM9.80 berkuat kuasa tarikh sama.
Saya sebenarnya menyokong pemberian elaun ini oleh pentadbiran PH, cuma janganlah berpura-pura seperti pemberian ini satu insentif kepada pegawai bomba atas kegagalan pentadbiran sebelum ini menjaga kebajikan mereka.
Kementerian Kewangan seharusnya lebih telus dengan melabelkan bantuan tersebut sebagai “kesinambungan skim elaun khas oleh kerajaan lepas.”
Hanya dengan cara ini rakyat akan menghormati Kementerian Kewangan yang dilihat lebih memberi focus kepada penipuan dan agenda “memburukkan pentadbiran lepas” daripada memperbaiki ekonomi negara.
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
RJ RITHAUDEEN
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
