Elok namakan semula TH ‘Lembaga Tabung Mujahid’

Raggie Jessy Rithaudeen

ايلوق ناماكن سمولا ث ءلمباڬ تابوڠ مجاهدء

Saya ingin membawa perhatian saudara saudari kepada tiga kenyataan spesifik yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid bin Yusuf Rawa berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) dan hal-hal berkaitan.




1. Pada 10hb Disember 2018, Mujahid mendakwa pemberian hibah kepada pendeposit TH sejak 2014 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Kahi 1995 sehingga menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.

2. Pada 26hb Mac 2019, Mujahid menuduh kerajaan pimpinan Barisan Nasional terdahulu “buat tahi” dalam mengendalikan kewangan TH, menandakan percanggahan yang disebutkannya pada bulan sebelumnya melibatkan Barisan Nasional.

3. Pada 10hb April 2019, Mujahid menuduh TH “memalsukan dan memanipulasi akaun” lembaga berkenaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional bagi menyembunyikan kerugian yang berlaku.

Kesemua dakwaan ini teramat serius memandangkan ianya berunsur jenayah dan seharusnya dipanjangkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia.

Tetapi sehingga kini, tidak ada satu apa pun laporan yang dibuat oleh mana-mana pihak dari Jabatan Perdana Menteri, termasuk Mujahid.

Hakikatnya, bukan hanya loporan-laporan TH jelas terpapar di laman web lembaga tersebut bagi tatapan umum, saya mendapati laporan-laporan bagi tahun-tahun berakhir 31 Disember 2010 hingga 31 Disember 2017 kesemuanya mencatat keuntungan, bukan kerugian.

Menurut laporan-laporan tersebut, keuntungan TH berjumlah RM3.8 bilion pada tahun 2017, RM2.3 bilion pada tahun 2016, RM3.5 bilion pada tahun 2015, RM4.6 bilion pada tahun 2014, RM2.5 bilion pada tahun 2013, RM2.2 bilion pada tahun 2012, RM2.0 bilion pada tahun 2011 dan RM2.2 bilion pada tahun 2010.

Loading...

Bukan hanya Mujahid menipu, beliau gagal menjelaskan kepada umum berkenaan Seksyen 22(1) Akta Tabung Haji 1995 dan hanya memetik perkara-perkara tertentu dari akta tersebut yang memberikan persepsi seolah-olah beliau bercakap benar.

Setelah diteliti, saya mendapati bahawa Seksyen 22(1) jelas memberikan hak sepenuhnya kepada TH untuk menentukan pada bila-bila masa samada wajar atau tidak hibah diberikan kepada pendeposit.

Malah, saya mendapati bahawa segala apa keputusan yang dibuat TH berkenaan pembayaran hibah adalah keputusan bersama pemilik saham dan bukannya keputusan pengerusi lembaga.

Malangnya, segala usaha saya untuk menyedarkan pihak yang berkaitan berhubung pembohongan-pembohongan ini langsung tidak mendapat perhatian, seolah-olah perkara ini telah dirancang dari awal oleh pihak-pihak tertentu, khususnya DAP.

Ini memandangkan Mujahid merupakan ahli parti AMANAH yang sememangnya pernah ditaja oleh DAP sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan disyaki masih menerima dana dari parti cauvinis berkenaan.

Siri pembohongan yang terancang ini menjurus kepada satu keputusan oleh pihak kerajaan untuk mengalihkan semua kuasa pengurusan aset-aset TH yang bernilai hampir RM20 bilion kepada satu Syarikat Penggerak Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan.

Keputusan tersebut turut didorong oleh penilaian semula yang dilakukan oleh syarikat audit PricewaterhouseCoopers lantikkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, di mana penilaian ini terang-terang dimanipulasi bagi kepentingan pihak tertentu.

Apa yang aneh, kesemua kenyataan yang dikeluarkan oleh Mujahid selama ini mencerminkan ketidakyakinan beliau terhadap lembaga Pengarah TH hinggakan beliau terpaksa masuk campur terus dengan keputusan-keputusan yang dibuat.

Tetapi hari ini, apabila ditanya berhubung keputusan Lembaga Pengarah TH Plantations (THP) menjual 76,975 hektar tanah ladang milik 14 subsidari syarikat berkenaan, inilah jawapan Mujahid:

“Saya tidak pernah masuk campur urusan penjualan subsidari THP. Ini kerana saya menaruh kepercayaan penuh pengurusan baru THP mampu menyelamatkan syarikat ini daripada terus menanggung kerugian .”

Pelik.

Bagaimanakah seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan menjamin kepentingan para pendeposit TH boleh membiarkan lembaga berkenaan melepaskan 76.2 peratus daripada jumlah keluasan tanah milik THP begitu sahaja tanpa berkata apa-apa?

Bagaimanakan Mujahid yang pada satu ketika dulu begitu mencurigai TH tiba-tiba boleh selesa dengan keputusan lembaga berkenaan?

Bukankah ini membuktikan Mujahid berbohong dari awal berhubung status akaun dan kewangan TH bagi merombak semula lembaga pengarah agar kepimpinan baru akan melakukan segala apa ynag dikehendakinya, temasuklah melepaskan aset bernilai RM20 bilion kepada sebuah syarikat proksi yang berkait rapat dengan DAP?

Bukankah elok TH dinamakan semula “Lembaga Tabung Mujahid?”



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...