
Sekurang-kurangnya empat warga Bangladesh terbunuh dan lebih 50 lagi cedera hari ini apabila pihak polis melepaskan tembakkan terhadap 20,000 orang yang berhimpun bagi membantah beberapa mesej Facebook yang dikatakan menghina Nabi Muhammad.
Perhimpunan tersebut berlaku di bandar Borhanuddin, daerah Bhola, bagi menuntut agar seorang pemuda Hindu dihukun bunuh kerana menghasut sehingga mencetuskan ketegangan agama.
Menurut seorang doktor tempatan, Tayebur Rahman, angka kematian dijangka meningkat kerana tujuh daripada 43 mangsa yang cedera berada dalam keadaan yang amat kritikal.
Ini bukanlah kali pertama tunjuk perasaan sebegini berlaku, di mana pada tahun 2016, sekumpulan penganut agama Islam naik marah setelah terbaca posting Facebook yang menghina bandar suci Mekah dan bertindak menyerang beberapa kuil Hindu.

DHAKA: Sekurang-kurangnya empat warga Bangladesh terbunuh dan lebih 50 lagi cedera hari ini apabila pihak polis melepaskan tembakkan terhadap 20,000 orang yang berhimpun bagi membantah beberapa mesej Facebook yang dikatakan menghina Nabi Muhammad.
Perhimpunan tersebut berlaku di bandar Borhanuddin, daerah Bhola, bagi menuntut agar seorang pemuda Hindu dihukun bunuh kerana menghasut sehingga mencetuskan ketegangan agama.
Menurut pihak polis, tembakan yang dilepaskan adalah bagi melindungi diri mereka sendiri apabila sebahagian daripada penunjuk perasaan mula membaling batu ke arah mereka.
Sementara itu, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina meminta semua bertenang dan berkata akaun Facebook budah Hindu berkenaan digoddam oleh seorang Muslim bagi tujuan “menyebarkan maklumat palsu
“Kami lihat khabar angin yang disebarkan di Facebook untuk menimbulkan suasana anarki. Siapa mereka? Apakah niat mereka?”
“Saya minta semua warganegara bawa bertenang. Dan sesiapa yang ingin ‘memancing dalam air yang keruh, kami akan cari mereka dan mengenakan tindakan terhadap mereka.
Menurut seorang doktor tempatan, Tayebur Rahman, angka kematian dijangka meningkat kerana tujuh daripada 43 mangsa yang cedera berada dalam keadaan yang amat kritikal.
Ini bukanlah kali pertama tunjuk perasaan sebegini berlaku, di mana pada tahun 2016, sekumpulan penganut agama Islam naik marah setelah terbaca posting Facebook yang menghina bandar suci Mekah dan bertindak menyerang beberapa kuil Hindu.
Pada tahun 2012 pula, sekumpulan penunjuk perasaan membakar sebuah tokong Budha bersama beberapa rumah dan kedai setelah seorang penganut agama Budha menghina kitab suci Al-Quran.
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
THE THIRD FORCE
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
