انم اهلي لڤڤر دعوا كڤوتوسن ابو زاهر ءبرسيهكنء عزم باكي بوكن كڤوتوسن اهلي لمباڬ
Seramai enam ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjauhkan diri daripada keputusan pengerusinya, Abu Zahar Ujang, untuk membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki daripada sebarang salah laku dalam isu pemilikan saham.
Menurut laporan media, keenam-enam terbabit berkata, komen Abu Zahar adalah pandangan peribadi beliau.
Menurut mereka, sebelum sidang media pada Rabu, mereka mengadakan perbincangan berasingan dengan Abu Zahar dan mencadangkan perkara itu dirujuk lebih lanjut kepada Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah atau Jawatankuasa Aduan SPRM.
Bagaimanapun, pandangan dan cadangan mereka tidak dibangkitkan Abu Zahar pada sidang media tersebut, kata mereka.

“Kami ingin menyatakan bahawa ahli lembaga pada mesyuarat itu atau pada bila-bila masa selepas itu tidak menyatakan pendapat seperti yang dikaitkan Abu Zahar,” kata mereka dalam kenyataan sepertimana dilaporkan oleh FMT.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Menurut mereka, sebelum sidang media pada Rabu, mereka mengadakan perbincangan berasingan dengan Abu Zahar dan mencadangkan perkara itu dirujuk lebih lanjut kepada Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah atau Jawatankuasa Aduan SPRM.
BACA JUGA: TAKIYUDDIN SEOLAH-OLAH LINDUNGI AZAM BAKI
Bagaimanapun, pandangan dan cadangan mereka tidak dibangkitkan Abu Zahar pada sidang media tersebut, kata mereka.
“LPPR tiada kuasa menyiasat kerana ia ditubuhkan hanya sebagai lembaga penasihat.
“Kami perlu memberikan penjelasan ini bagi menjaga integriti lembaga dan institusi,” kata mereka.
Dua hari lalu, Azam Baki dan Abu Zahar membuat satu sidang media, di mana Abu Zahar mendakwa LPPR telah membersihkan nama Azam daripada sebarang salah laku, sambil berkata, pembelian saham oleh adiknya tidak menimbulkan konflik kepentingan.
Azam juga dilaporkan berkata, pihak atasannya telah dimaklumkan apabila beliau membenarkan adiknya, Nasir, membeli saham menggunakan akaun dagangannya pada 2015, ketika beliau mengetuai bahagian siasatan SPRM.
Pengumuman itu menimbulkan kemarahan beberapa pihak, yang membangkitkan soal ketiadaan kebebasan dalam proses inkuiri.
Semalam, TTF menulis:
Sesungguhnya, tidak ada usaha oleh mana-mana pihak untuk menimbulkan keraguan rakyat, memandangkan Azam Baki sendiri mengakui akaun peribadinya digunakan untuk pembelian saham sewaktu beliau masih menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Ini sudah pasti menimbulkan tanda tanya apakah berlaku salah guna kuasa dan kedudukan menurut akta SPRM dan akta-akta lain yang berkaitan sewaktu pembelian saham dibuat, memandangkan kedudukan Azam Baki mungkin telah mempengaruhi urusan jual-beli saham menerusi akaun miliknya, dengan cara yang mungkin memberi manfaat kepadanya.
Nyata sekali siasatan harus dilakukan, dan amat pelik apabila pemimpin PAS menerima bulat-bulat pendapat sebuah panel yang berkait secara langsung dengan badan penguat kuasa pencegahan rasuah utama negara.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA: