EuroCham Malaysia: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh tumbangkan ekonomi

Ada juga sekumpulan 45 pakar perubatan yang memberi gambaran PKP gagal. Sumber (gambar): Fail TTF

اييوروچم مليسيا: ڤرينته كاولن ڤرڬرقن ﴿ڤقڤ﴾ بوليه تومبڠكن ايكونومي

Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) memberi amaran sekatan pergerakan kedua yang sama seperti dilaksanakan pada Mac dan April tahun lalu mungkin menyebabkan ekonomi Malaysia tumbang kerana banyak perniagaan akan ditutup. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sven Schneider, berkata negeri paling terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 juga hab komersial dan perindustrian negara, yang mana akan menggandakan impak daripada sebarang sekatan pergerakan ketat yang akan dilaksanakan.

Beliau berkata, meskipun kerugian yang dialami, banyak perniagaan dan terutamanya komuniti perniagaan Eropah belajar untuk bukan saja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan tetapi melaksanakan langkah dalaman lebih ketat dalam pejabat atau tapak pembuatan bagi melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja.

“Jika sekatan pergerakan kedua dilaksanakan sama seperti Mac dan April 2020, ia akan membawa impak serius kepada negara dan juga ekonomi,” katanya.


KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) memberi amaran sekatan pergerakan kedua yang sama seperti dilaksanakan pada Mac dan April tahun lalu mungkin menyebabkan ekonomi Malaysia tumbang kerana banyak perniagaan akan ditutup.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sven Schneider, berkata negeri paling terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 juga hab komersial dan perindustrian negara, yang mana akan menggandakan impak daripada sebarang sekatan pergerakan ketat yang akan dilaksanakan.




“Kami berharap kerajaan akan menimbang dengan teliti perkara ini (di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat potensi perintah kawal pergerakan kedua yang ketat),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Schneider berkata, walaupun Eurocham Malaysia menyokong keputusan kerajaan menangani ancaman COVID-19 kepada kesihatan awam dengan menggunakan strategi yang terbukti berjaya, ia tidak memilih sekatan pergerakan penuh yang ketat, yang mungkin tidak dapat mengimbangi keperluan pemulihan ekonomi Malaysia.

Katanya, ketika ini perniagaan dalam proses penyusunan semula dan baru saja pulih daripada impak sekatan pergerakan pertama disebabkan penularan pandemik itu.

“Antara banyak cabaran dihadapi kebanyakan perniagaan ketika sekatan pergerakan sepenuhnya adalah pengurangan hasil dan kerugian kewangan, cabaran logistik dan gangguan rantaian bekalan serta pemberhentian pekerja,” katanya.

Beliau berkata, meskipun kerugian yang dialami, banyak perniagaan dan terutamanya komuniti perniagaan Eropah belajar untuk bukan saja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan tetapi melaksanakan langkah dalaman lebih ketat dalam pejabat atau tapak pembuatan bagi melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja.

Schneider berkata, susulan kemajuan positif ini, EuroCham Malaysia merasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) lebih bersasar dengan peningkatan SOP menumpukan kepada langkah lebih ketat ke atas perjalanan dan aktiviti sosial adalah lebih sesuai, kerana ia akan membolehkan perniagaan terus dibina semula dan merangsang ekonomi.

“Jika sekatan pergerakan kedua dilaksanakan sama seperti Mac dan April 2020, ia akan membawa impak serius kepada negara dan juga ekonomi,” katanya.

Loading...

Sumber:

WAJIB BACA:

45 pakar perubatan nasihat Muhyiddin jangan politikkan pandemik Covid-19, dakwa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) gagal kurangkan kes

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...