EXCO Agama Johor gesa polis bertindak individu samakan jemaah solat dengan haiwan

Khamis lalu, Tosrin memaklumkan kerajaan Negeri Johor membenarkan hanya 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau di negeri ini, mulai semalam, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan. Sumber (gambar): Sinar Harian

ايايك سچو اڬام جوهر ڬسا ڤوليس برتيندق اينديۏيدو سامكن جماعه صلاة دڠن حيوان

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memperlekehkan kebenaran 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di negeri ini.

Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ( Bukit Permai) berkata, tindakan individu berkenaan yang menyamakan jemaah dengan haiwan menghina kesucian Islam dan mengingkari perintah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, di sini, pada 9 pagi tadi.

Terdahulu, tular di Facebook milik seorang individu yang memuat naik status jelik (Friday Matinee. ’12 Monkey’. Coming show on J.Cinema) yang dipercayai dimuat naik pada 13 Mei lepas.


KULAI: Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memperlekehkan kebenaran 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di negeri ini.

Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ( Bukit Permai) berkata, tindakan individu berkenaan yang menyamakan jemaah dengan haiwan menghina kesucian Islam dan mengingkari perintah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.




“Ini merupakan satu penghinaan kepada agama Islam dan satu pengingkaran kepada titah Sultan Johor kerana ketetapan 12 orang berjemaah adalah atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan diputuskan Jawatankuasa Fatwa Agama Islam Negeri Johor.

“Masyarakat pula memperlekehkan perkara ini satu tanpa mengira kesan dan akibatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, di sini, pada 9 pagi tadi.

Terdahulu, tular di Facebook milik seorang individu yang memuat naik status jelik (Friday Matinee. ’12 Monkey’. Coming show on J.Cinema) yang dipercayai dimuat naik pada 13 Mei lepas.

Khamis lalu, Tosrin memaklumkan kerajaan Negeri Johor membenarkan hanya 12 jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau di negeri ini, mulai semalam, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

12 jemaah termasuk imam satu, imam dua, bilal, noja serta lapan ahli jawatankuasa kariah masjid dan surau dengan mematuhi garis panduan ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat Tosrin.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...