EXCO DAP, Timbalan Presiden Amanah dikaitkan komplot guling MB Perak

Aziz menyertai DAP pada 2015 dan merupakan Adun penggal pertama di Perak. Sumber (gambar): Fail TTF

Exco Perak Aziz Bari menafikan dirinya terlibat dalam satu konspirasi untuk menyingkirkan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu sepertimana yang dicadangkan menerusi satu klip video yang tular hari ini.

Dalam klip berkenaan, seorang lelaki mirip Aziz mendakwa ada bercakap dengan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bagi mendapat sokongan daripada enam Adun parti itu di Perak.

Mengatakan beliau mempunyai hubungan baik dengan Istana Perak, lelaki tersebut berkata seseorang bernama Annuar Zaini memberitahunya bahawa beliau disukai Sultan Perak.

Aziz sementara itu berkata beliau cuba mengatur satu sidang media bersama Faizal bagi mematahkan khabar angin tentang kewujudan suatu komplot.


PETALING JAYA: Exco Perak Aziz Bari menafikan dirinya terlibat dalam satu konspirasi untuk menyingkirkan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu sepertimana yang dicadangkan menerusi satu klip video yang tular hari ini.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki mirip Aziz boleh didengar berkata beberapa Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertemunya untuk menyingkirkan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak.




“Mereka nak Peja (Ahmad Faizal) dibuang, dijatuhkan dan (ganti) MB baru. So dia cadang jumpa saya, cadangkan saya (sebagai MB baru). Saya kata okeylah. Jadi inilah tujuan (pertemuan).

“Lepas ada orang yang cukup ini akan jumpa dengan Tuanku (Sultan Perak) dan the rest (selebihnya)…,” katanya menerusi rakaman video tersebut.

Aziz menyertai DAP pada 2015 dan merupakan Adun penggal pertama.

Dalam klip berkenaan, lelaki tersebut dilaporkan mendakwa ada bercakap dengan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bagi mendapat sokongan daripada enam Adun parti itu di Perak.

Katanya, dengan sokongan PKR, dia boleh mendapat sokongan 28 Adun Perak.

Lelaki itu turut mendakwa bahawa rakan-rakan exconya, bekas menteri beasr Mohamad Nizar Jamaluddin serta Asmuni Awi, yang kini bersama Amanah, tidak layak untuk jawatan MB.

“Dia ini jenis macam anak raja tahu atau tidak. Mereka bukan pejuang jalanan, saya tidak katakan saya pejuang jalanan, tetapi sekurang-kurangnya saya lebih baik daripada mereka,” katanya.

Loading...

Mengatakan beliau mempunyai hubungan baik dengan Istana Perak, lelaki tersebut berkata seseorang bernama Annuar Zaini memberitahunya bahawa beliau disukai Sultan Perak.

Aziz sementara itu berkata beliau cuba mengatur satu sidang media bersama Faizal bagi mematahkan khabar angin tentang kewujudan suatu komplot.

“Saya masih menunggu sampai sekarang. Jadi pada saya tidak ada isu dan saya tidak akan melatah sebab saya banyak kerja lain.

“Saya dah jawab benda ini tahun lepas lagi dan tak berlaku pun undi tidak percaya.”

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...