EXCO Pulau Pinang Afif Bahardin letak jawatan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dari PKR, Dr Afif Bahardin. Sumber (gambar): Astro Awani

ايايك سچو ڤولاو ڤينن عفيف بهاردين لتق جاوتن

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dari PKR, Dr Afif Bahardin, meletak jawatan sebagai EXCO Kesihatan Negeri Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, selepas pertemuan dengan Afif jam pada 8.15 pagi ini.

Afif adalah antara penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin bersama 10 ahli parlimen lain meninggalkan PKR untuk menyertai BERSATU, BN dan PAS menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional.


GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dari PKR, Dr Afif Bahardin, meletak jawatan sebagai EXCO Kesihatan Negeri Pulau Pinang berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, selepas pertemuan dengan Afif jam pada 8.15 pagi ini.




Mesyuarat EXCO Pulau Pinang menerima peletakan jawatan itu.

Bagaimanapun, belum jelas sama ada Afif akan mengekalkan jawatannya sebagai ADUN.

Peletakan jawatan itu berlaku selepas bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menegaskan akan kekal dalam parti dan komited kepada Pakatan Harapan (PH) yang memenangi mandat untuk mentadbir Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lalu.

Afif adalah antara penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin bersama 10 ahli parlimen lain meninggalkan PKR untuk menyertai BERSATU, BN dan PAS menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...