‘Ezam ‘katak lompat’ tiada kredibiliti, boleh dibeli dengan wang ringgit’

Menurut Khairuddin, pada satu ketika dahulu, Ezam memaki-hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kini boleh ‘bercium mulut’ dan memuji Anwar tahap dewa. Sumber (gambar): Fail TTF

ءايزم ءكاتق لومڤتء تياد كريديبيليتي، بوليه دبلي دڠن واڠ ريڠڬيتء

Datuk Mohd Ezam Mohd Nor merupakan manusia yang tidak berprinsip dan mudah dibeli dengan ‘wang ringgit’.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut mendakwa Ezam bagaikan ‘katak lompat’ yang tiada kredibiliti dan kini terpaksa menjilat ludah sendiri.

“Saya menyokong gerakan reformis Ezam Mohd Nor yang bakal dilancarkan di Tanjung Rambutan, pemilihan tempat ini amat tepat sekali.

“Tanjung Rambutan adalah tempat yang paling sesuai untuk Ezam Mohd Nor dan Anwar Ibrahim.

“Mereka berdua amat serasi untuk berjuang sekali, sebab ‘orang gila’ sama ‘orang gila’ memang sepadan.”


PETALING JAYA: Datuk Mohd Ezam Mohd Nor merupakan manusia yang tidak berprinsip dan mudah dibeli dengan ‘wang ringgit’.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut mendakwa Ezam bagaikan ‘katak lompat’ yang tiada kredibiliti dan kini terpaksa menjilat ludah sendiri.




“Biarlah Ezam Mohd Nor nak buat apa pun keseluruhan rakyat Malaysia amat mengenali dengan perangai serta gelagatnya yang mudah berubah-ubah dan tidak berprinsip sama sekali.

“Setiap tutur katanya penuh dengan pendustaan. Dia ‘kaki kelentong’ nombor satu. Bak kata pepatah orang putih, dia ini “a convincing liar.”

“Kerjanya lompat sana sini untuk ‘survival’ diri, dia tidak ada prinsip tapi perjuangannya hanyalah berteraskan pada kepentingan diri semata-mata.

Menurut Khairuddin, pada satu ketika dahulu, Ezam memaki-hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kini boleh ‘bercium mulut’ dan memuji Anwar tahap dewa.

“Kegilaan dan ‘kesewelan’ Ezam Mohd Nor ini tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras.

“Saya menyokong gerakan reformis Ezam Mohd Nor yang bakal dilancarkan di Tanjung Rambutan, pemilihan tempat ini amat tepat sekali.

“Tanjung Rambutan adalah tempat yang paling sesuai untuk Ezam Mohd Nor dan Anwar Ibrahim.

Loading...

“Mereka berdua amat serasi untuk berjuang sekali, sebab ‘orang gila’ sama ‘orang gila’ memang sepadan.”

Khairuddin turut berkata Ezam sama terdesaknya seperti Anwar.

“Keseluruhan rakyat amat geli hati dan sedang mentertawakan sikap ‘desperado’ Ezam Mohd Nor yang sedang mencari ‘ranting untuk bergantung’ bagi dia buat ‘come back’ dalam arena politik.

“Kini, dia cuba berpaut dan bergantung pada ‘ranting reput’. Biarlah si luncai terjun dengan labunya”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...