Pertubuhan milik Ezam mengaku ahli keluarga Anwar fitnah pentadbiran Mahathir isu racun Arsenik

Datuk Mohd Ezam Mohd Nor. Source (pic): TTF Files

“Sebuah NGO yang dikepalai Ezam akhirnya mengaku bahawa isu racun Arsenik fitnah belaka dan digembar gemburkan oleh seorang yang bernama Ustaz Badrul Amin dalam beberapa ceramah”

Raggie Jessy Rithaudeen

Dakwaan kononnya kerajaan Malaysia cuba meracuni Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Arsenik pada tahun 1998 sah satu penipuan dan dibuat oleh pihak yang bersangkut paut dengan Anwar untuk memburukkan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu didedahkan oleh Gerakan Reformasi 98 (GERAK 98) yang dikepalai oleh orang kuat Anwar sendiri, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor.




Isu itu mula-mula ditimbulkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ianya digembar-gemburkan oleh beberapa penyokong Anwar yang kini memegang jawatan dalam pelbagai NGO.

Percubaan meracuni Anwar itu dikatakan berlaku ketika beliau dipenjarakan atas tuduhan meliwat beberapa individu yang warak dan rapat dengannya, termasuk adik angkatnya sendiri, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

NGO milik Ezam akhirnya mengaku bahawa dakwaan itu fitnah belaka dan diperhangatkan oleh seorang yang bernama Ustaz Badrul Amin dalam ceramahnya.

GERAK 98 merupakan pertubuhan pro-Anwar dan dikatakan mendapat arahan terus daripada Anwar, sama seperti NGO Pro 98 yang dikepalai oleh Ustaz Badrul Amin yang dipercayai mendapat bantuan daripada ‘adik’ Anwar.

Anehnya, pengakuan GERAK 98 dibuat sebagai membalas dakwaan tertentu yang dibuat oleh Pro 98 walaupun kedua-dua NGO berkenaan giat membantu Anwar menimbulkan persepsi buruk terhadap Mahathir.

Ini termasuklah siri jelajah GERAK 98 di seluruh negara sebelum kerajaan pimpinan Pakatan Harapan jatuh, di mana Ezam menuduh Mahathir ‘takutkan’ Anwar atas sebab-sebab yang tidak pernah dinyatakan.

Serangan Ezam terhadap Mahathir masih lagi diteruskan, yang terbaru apabila Ezam mengiisytiharkan Mahathir sebagai “musuh reformasi” dalam Majlis Pelancaran GERAK 98 di Langkawi pada 30hb Ogos 2020.

Loading...

Pengakuan GERAK 98 yang terbaru ini dilihat sebagai pengesahan Ezam sendiri bahawa pentadbiran Mahathir difitnah oleh ahli keluarga Anwar tidak lama selepas Anwar dipenjarakan atas tuduhan liwat.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...