EZAM MOHD NOR KAKI PENIPU, OPPORTUNIS DAN KATAK LOMPAT NOMBOR SATU NEGARA

Khairuddin Abu Hassan

ايزم محمد نور كاكي ڤنيڤو، اوڤڤورتونيس دان كاتق لومڤت نومبور ساتو نڬارا

Cukuplah Ezam Mohd Nor. Kami tahu muslihat kamu. Jangan mulakan putar alam kamu semula di Johor pula. Atau kami akan buka satu persatu pekung dan muslihat kamu di Johor nanti.

Perenggan akhir dan penutup kenyataan Ezam Mohd Nor melalui fitnah terbarunya keatas Tun Dr Mahathir Mohamad secara tidak berasas sesuai ditujukan buat dirinya sendiri.




Cukup-cukuplah dengan penipuan oleh Ezam Mohd Nor ini.

Dia ini ‘seekor katak’ yang suka lompat melompat untuk ‘mencari makan’ melalui rekaan publisiti murahan demi kepentingan perut serta survival dirinya.

Ezam Mohd Nor jangan cakap banyak. Penipuannya amat terserlah dari tahun 1998 bila dia kata kononnya ada enam kotak besar bukti- bukti rasuah tun daim zainuddin serta Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi sehingga kini gagal membuktikan keujudan enam kotak besar bahan-bahan bukti rasuah tersebut.

Kalau kita semua ingat akhirnya Ezam Mohd Nor mengakui bahawa itu hanyalah retorik politik yang tidak berasas yang hanya disuruh oleh Anwar Ibrahim di zaman ‘Reformasi’ semata-mata untuk mereka-cerita bagi tujuan ‘discredit’ reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad pada waktu itu.

Mengapa kini Ezam Mohd Nor mula menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad semula walhal sebelum PRU14 beliau hampir setiap minggu datang mengadap membodek Tun Dr Mahathir Mohamad??

Sebelum PRU14 saya yang selalu bawa Ezam Mohd Nor berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau sendiri memohon diberi peluang untuk membantu bagi melibatkan diri dalam wadah perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading...

Di waktu itu Ezam Mohd Nor mengutuk Anwar Ibrahim dan keluarga secara habis-habisan. Segala keburukan keluarga Anwar Ibrahim dicerita secara terbuka pada kami semua.

Cerita yang paling menarik dinyatakan oleh Ezam Mohd Nor ialah mengenai sifat homoseksual Anwar Ibrahim dan penglibatan beliau bersama najib tun razak@‘lanun bugis’ untuk mengenakan Anwar Ibrahim dalam kes meliwat Saiful Bukhari yang mempunyai bukti-bukti sahih.

Sebelum PRU14 juga Ezam Mohd Nor menyatakan bahawa hanya seorang saja tokoh negarawan yang benar-benar bersih dan ikhlas yang mampu untuk membebaskan negara dari cengkaman kerajaan kleptokrasi.

Tokoh tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sesungguhnya, pada waktu itu Ezam Mohd Nor kata hanya Tun Dr Mahathir Mohamad saja yang kita boleh sandarkan harapan bagi membebaskan negara dari salahlaku rasuah serta salahguna kuasa kerajaan kleptokrasi.

Bukan saja menyatakan perkara tersebut malahan Ezam Mohd Nor telah meminta saya melobi jawatan ‘Pengarah Pilihanraya’ bagi parti BERSATU semata-mata hendak membantu Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau akui sebagai seorang tokoh negarawan yang bersih, cekap dan amanah.

Hampir setiap hari Ezam Mohd Nor membodek  Tun Dr Mahathir Mohamad di saat itu.

Diri saya juga turut bersimpati dan turut membantu Ezam Mohd Nor setelah beliau meletak jawatan di Kementerian Kewangan.

Selepas meletakkan jawatan di Kementerian Kewangan; Ezam Mohd Nor tiada lagi tempat untuk bergantung hidup kerana semua orang memboikotnya disebabkan reputasi yang amat tidak baik.

Semua orang tidak percayakan lagi Ezam Mohd Nor pada waktu itu.

Sebab itulah pada waktu itu Ezam Mohd Nor terpaksa buat ‘pusingan-U’ pada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana beliau mengakui tokoh negarawan ini amat bersifat pemaaf.

Tiba-tiba di waktu Ezam Mohd Nor cuba menjalinkan hubungan baiknya secara ‘ada matlamat peribadi’ dengan Tun Dr Mahathir Mohamad beliau memaklumkan kepada saya bahawa rumah bungalow milik
keluarganya bakal dilelong kerana gagal membayar ansuran bulanan bank.

Selepas Ezam Mohd Nor memaklumkan kepada saya bahawa rumah bungalow milik keluarganya di Damansara bakal dilelong; beliau mencadangkan kepada saya untuk
membawa dirinya berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, tun daim zainuddin dan isteri tun daim zanuddin bagi beliau memohon bantuan sejumlah RM2.5 juta.

Setelah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, tun daim zainuddin dan isteri tun daim zainuddin akhirnya semua pihak merasakan tidak boleh terlibat dengan permasalahan peribadi Ezam Mohd Nor pada waktu itu.

Kita tidak pernah mempraktikkan untuk menyogok mana-mana pihak bagi mendapatkan sokongan politik khususnya dan mencampuri hal-ehwal peribadi seseorang itu.

Prinsip kami dalam mana-mana wadah perjuangan untuk menegakkan kebenaran ianya mestilah berteraskan keikhlasan dan apa saja risiko yang bakal dihadapi ianya perlu dipikul sendiri tanpa boleh membabitkan mana-mana pihak.

Apabila Ezam Mohd Nor gagal mendapatkan wang sejumlah rm2.5 juta bagi melangsaikan hutang tertunggak bulanan bank dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan pihak lain maka inilah yang menyebabkan Ezam Mohd Nor berdendam kesumat semula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya tidak mahu membantu menyelesaikan masalah peribadi beliau.

Kini, baru saya sedar bahawa Ezam Mohd Nor cuba merapatkan diri beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum PRU14 adalah semata-mata beliau ingin memperolehi habuan wang ringgit untuk agenda peribadi serta survival penghidupannya.

Rupanya Ezam Mohd Nor cuba beli ‘polisi insuran’ untuk selamatkan dirinya semata-mata.

Hubungan silaturrahim Ezam Mohd Nor berteraskan kepada kepentingan peribadi bukan dijalinkan secara tulen.

Sebab itu pada hari ini barulah saya sedar bahawa seorang yang bernama Ezam Mohd Nor ini adalah personaliti opportunis yang lebih jijik dari najis!!

Inilah keperibadian Ezam Mohd Nor yang senantiasa meletakkan perjuangan untuk kepentingan perut dan survival diri sendiri!!

Seandainya beliau mohon bantuan dan seseorang itu gagal membantunya maka Ezam Mohd Nor akan menyerang seseorang itu secara habis-habisan semata-mata untuk membalas dendam kesumat kerana tidak mahu memenuhi apa saja permintaannya!!

WAJIB BACA:

KLUSTER MAHKAMAH BINCANG KEMUNGKINAN PRU15 SERENTAK PRN JOHOR, NAMUN ADA KRISIS



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...