‘Ezam Nor ‘pelacur’ politik, kalau berani bertanding dengan saya dulu’

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

ءايزم نور ڤلاچور ڤوليتيك، كالاو براني برتنديڠ دڠن ساي دولوء

Pelacur politik paling haprak dan ‘katak lompat’ terunggul dalam pesada politik negara; Ezam Mohd Nor janganlah bercita-cita tinggi sangat.

Jangan jadi macam bos barunya terkini yang telah dirujuk semula iaitu Anwar Ibrahim yang berpenyakit aneh yang senantiasa ‘angan-angan mat jenin’ untuk jadi perdana menteri Malaysia.

Angan-angan tak menjadi akhirnya jadi ‘perdana menteri menanti’ paling lama dalam sejarah politik negara.




Tun Dr Mahathir Mohamad bukan ‘level’ Ezam Mohd Nor. Dia bertanding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pasti hilang ‘deposit’.

Kalau ini berlaku kasihan lah pada Ezam Mohd Nor. Jadi saya secara jujur ingin nasihatkan Ezam Mohd Nor agar tak perlu lawan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tapi marilah cuba nasib bertanding dengan saya dulu.

Ezam Mohd Nor sudah tidak relevan lagi, keseluruhan rakyat tidak mempercayai dia lagi. Percakapan Ezam Mohd Nor penuh dengan putar belit.

Di waktu pagi Ezam Mohd Nor bercakap; pada waktu tengahari sudah jadi lain. Retorik politik Ezam Mohd Nor penuh dengan muslihat, tipu helah serta berubah-ubah mengikut ‘tawaran’ seperti dagangan di pasaran bebas.

Dulu dia sokong Anwar Ibrahim tahap ‘taksub’. Kemudian tinggalkan Anwar Ibrahim serta ‘londeh’ presiden PKR ini habis-habisan bila balik ke pangkuan UMNO.

Di mana ada tawaran terbaik maka di situlah ada Ezam Mohd Nor.

Keluar dari UMNO masuk kelompok kami pula sebelum PRU14. Cuba cari rezeki dan tawaran dari kami tetapi gagal kerana blok kami tidak akan sogok sesiapapun.

Loading...

Ini bukan budaya politik Tun Dr Mahathir Mohamad!! Amalan sogok wang ringgit bercanggah dengan prinsip perjuangan kami.

Ketika bersama blok kami juga, Ezam Mohd Nor serang Anwar Ibrahim habis-habisan. Bongkar serta cerita ‘habis’ mengenai aktiviti seks luar tabi’e Anwar Ibrahim.

Saya pun takut dengar cerita Ezam Mohd Nor yang menyerang Anwar Ibrahim mengenai aktiviti homoseksualnya itu.

Malangnya, Ezam Mohd Nor gagal untuk perolehi imbuhan sepertimana yang dia minta maka terus tinggalkan perkumpulan kami.

Sesungguhnya, kedatangannya pada kami tidak pernah diundang pun. Gagal perolehi habuan dia boleh balik ke pangkuan Anwar Ibrahim pula kini.

Baru beberapa hari yang lepas kutuk serta cerca keperibadian Anwar Ibrahim mati-matian tiba-tiba boleh buat ‘pusingan-U’ balik ke pangkuan ‘manusia sewel’ ini semula.

Inilah Ezam Mohd Nor ‘pelacur’ politik murahan yang tak boleh pakai langsung. Namun, kita tidak perlu gusar kerana keseluruhan rakyat malaysia sudah tolak ‘pelacur politik’ paling haprak ini.

Sesungguhnya juga, inilah amalan pelacuran politik murahan Ezam Mohd Nor.

Jumpa ular tedung dan Ezam Mohd Nor; palulah Ezam Mohd Nor dulu kerana dia adalah seorang pelacur politik yang paling merbahaya serta tak berguna langsung!!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...