Ezam, satu dunia tahu Anwar bekas banduan dan peliwat

Sebaik sahaja Anwar bersalam dengan Mahathir di Mahkhamah Tinggi Kuala Lumpur dan bersetuju untuk berganding bahu dengan PPBM, perjuangan PKR seharusnya dah tamat. Seharusnya, pada ketika itu, ahli-ahli PKR diserap masuk terus ke dalam parti-parti komponen Pakatan Harapan yang lain. Ini tidak, PKR terus mengekalkan label “reformasi” dengan mengklasifikasikan semula label tersebut sebagai “perjuangan memperbetulkan negara,” sekaligus membuktikan bahawa parti itu tidak pernah ada halatuju mantap dan hanya ditubuhkan untuk “memperjuangkan Anwar Ibrahim dan ahli-ahli keluarganya.”

Raggie Jessy Rithaudeen

Dato’ Mohd Ezam Mohd Nor perlu memahami hakikat sebenar politik negara sebelum membuka mulut dan mengeluarkan kata-kata yang hanya mampu mengelirukan rakyat dan memberi persepsi palsu kepada pelabur seolah-olah politik negara sedang bergolak.




Tindakan beliau menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai “reformis palsu”, untuk berhenti “menipu” rakyat jelas mencerminkan betapa tersasarnya pemikiran beliau sepertimana pemikiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Ahad lepas, saya menjelaskan beberapa perkara berkaitan menerusi satu terbitan berjudul “Anwar sudah jadi ancaman kepada negara” yang saya mulakan dengan kenyataan berikut:

Tindakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengungkit isu peralihan kuasa Perdana Menteri berulang kali sejak tahun lepas telah menimbulkan suasana yang tidak menyenangkan bagi para pelabur yang mula merasakan politik tanah air akan bergolak tidak lama lagi.

Anwar, yang menggunakan segala ‘jentera’ propaganda di bawah kawalannya bagi memberi tekanan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersara, cuba menimbulkan persepsi seoalah-olah rakyat tidak sabar untuk peralihan kuasa berlaku.

Malangnya, tindak-tanduk Anwar hanya menggusarkan rakyat jelata, menjadikan sebilangan besar warga Melayu-Islam meluat dan menyebabkan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan hilang keyakinan terhadapnya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Ezam sepatutnya mengemukakan bukti sahih untuk menyokong hujah Mahathir membuat “kenyataan palsu.”

Ini memandangkan Anwar sendiri tidak pernah mengemukakan sebarang dokumen yang mampu membuktikan kewujudan perjanjian bertandatangan antara beliau dengan Mahathir berhubung peralihan kuasa.

Malah, Ezam sendiri harus berhenti berbohong dan mengaku bahawa beliau menerima arahan secara langsung daripada Anwar untuk melabelkan Mahathir “reformis palsu” dan penipu.

Tindakan Ezam menjadi baruah kepada Anwar jelas menunjukkan tahap kebodohannya memandangkan Anwar lah “reformis palsu” dan penipu rakyat yang sebenar-benarnya.

Apa tidaknya, sedangkan PKR pada asalnya ditubuhkan bagi menentang Mahathir sebelum perjuangan parti tersebut diklasifikasikan semula oleh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai “perjuangan menentang gejala Mahathirisme yang sudah menjadi kanser dalam UMNO.”

Sebaik sahaja Anwar bersalam dengan Mahathir di Mahkhamah Tinggi Kuala Lumpur dan bersetuju untuk berganding bahu dengan PPBM, perjuangan PKR seharusnya dah tamat.

Seharusnya, pada ketika itu, ahli-ahli PKR diserap masuk terus ke dalam parti-parti komponen Pakatan Harapan yang lain.

Ini tidak, PKR terus mengekalkan label “reformasi” dengan mengklasifikasikan semula label tersebut sebagai “perjuangan memperbetulkan negara,” sekaligus membuktikan bahawa parti itu tidak pernah ada halatuju mantap dan hanya ditubuhkan untuk “memperjuangkan Anwar Ibrahim dan ahli-ahli keluarganya.”

Ya, PKR itu tak lain tak bukan “Parti Keluarga Ramai” kerana melibatkan pasukan suami-isteri dan anak. Inilah sebab sebenar parti tersebut berpecah. Hakikatnya, Anwar tidak jujur apabila berganding bahu dengan Mahathir dan mula takut dengan Dato’ Seri Azmin Ali apabila melihat Azmin begitu akrab sekali dengan Mahathir.

Hari ini, Azmin sudah menguasai PKR dan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan pemimpin-pemimpin cabang parti tersebut.

Ahad lepas, saya menulis:

Sekiranya benar Anwar mempunyai sokongan majoriti di parlimen, beliau tidak akan teragak-agak mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan bukti sokongan tersebut supaya beliau diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Malah, sekiranya benar DAP, Amanah, Warisan dan GPS bersama Anwar, sudah tentu ada di kalangan menteri dari parti-parti berkenaan akan letak jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk mewakili kerajaan persekutuan.

Hakikatnya, bukan hanya ahli kabinet sendiri tidak yakin terhadap Anwar, Anwar sedang membuktikan kepada semua bahawa beliau teramat taksub dengan jawatan Perdana Menteri sehingga tidak menghiraukan langsung masalah ekonomi rakyat dan negara.

Sekiranya Ezam boleh melabelkan Mahathir sebagai penipu tanpa menunjukkan apa-apa dokumen yang mampu membuktikan Mahathir tidak berniat menjadikan Anwar Perdana Menteri, saya turut boleh boleh isytiharkan Anwar sebagai bekas banduan dan peliwat.

Dan saya tidak perlu mengemukakan apa-apa dokumen, video ataupun maklumat bagi membuktikan perkara ini kerana satu dunia tahu bahawa Anwar merupakan bekas banduan dan peliwat.

Bersambung…


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...