فاچبووق سلوروه دنيا هادڤي مسئله هاڽ ببراڤ جم ستله بكس ڤكرجا شريكت بوات ڤندداهن مڠجوتكن
Tiga perkhidmatan media sosial utama yang dikendalikan oleh Facebook tidak dapat diakses di seluruh dunia sejak 11.45 malam semalam.
Menurut pemantau gangguan Downdetector, hampir 150,000 orang membuat laporan dalam tempoh tidak sampai setengah jam.
Semua ini berlaku hanya beberapa jam selepas seorang bekas pekerja Facebook mendedahkan bahawa syarikat itu tidak menghiraukan atau lambat bertindak terhadap bukti akaun palsu di platformnya yang telah merosakkan pilihan raya dan urusan politik di seluruh dunia

Ketiga-tiga perkhidmatan itu – yang digunakan oleh lebih daripada 2 bilion orang setiap hari – semuanya dikendalikan oleh Facebook, yang tidak memberi penjelasan selain meminta maaf dan memberi jaminan bahawa ia sedang “berusaha untuk memulihkan keadaan secepat mungkin”.
Hampir semua orang yang tidak dapat mengakses platform Facebook mendakwa mereka telah berusaha menggunakan laman web tersebut tetapi tidak berjaya.
Pengguna Instagram melaporkan gangguan secara meluas di kedua-dua aplikasi dan versi laman web.
Manakala itu, pengguna WhatsApp dapat membuka aplikasi tetapi tidak dapat mengirim atau menerima mesej.
Semua ini berlaku hanya beberapa jam selepas seorang bekas pekerja Facebook mendedahkan bahawa syarikat itu tidak menghiraukan atau lambat bertindak terhadap bukti akaun palsu di platformnya yang telah merosakkan pilihan raya dan urusan politik di seluruh dunia
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA: