Fakta Berhubung ‘Kawalan’ Wilayah Persekutuan Yang PAS Seolah-Olah ‘Sorok’ Daripada Penta’sub

Raggie Jessy Rithaudeen

1. Jabatan Wilayah Persekutuan adalah Kementerian di bawah kerajaan Malaysia dan kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

2. Menterinya, yakni Meteri Wilayah Persekutuan, perlu menjawab secara terus kepada Perdana Menteri.




3. Perdana Menteri pada ketika ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang Melayu-Islam.

4. Datuk Bandar Kuala Lumpur merupakan ketua bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan, dan penyandangnya ialah Fadlun Mak Ujud, juga seorang Melayu-Islam.

5. Ketua Setiausaha Negara Malaysia pula ialah Shamsul Azri Abu Bakar, seorang Melayu-Islam, yang turut melapor secara terus kepada Perdana Menteri.

Amat jelas bahawa Wilayah Persekutuan kukuh di bawah pengaruh kepimpinan Melayu-Islam.

Namun, PAS masih membangkitkan isu etnik ataupun kaum dalam pelantikan menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya yang masing-masing disandang oleh ahli Parlimen berbangsa Cina.

Sampai Takiyuddin boleh berkata, “…pemusatan pentadbiran strategik bandar, kerajaan tempatan, perumahan dan pihak berkuasa tempatan di tangan pemimpin daripada sebuah parti dan etnik boleh menimbulkan persoalan besar, sah dan tidak dapat dielakkan berkait isu-isu ketidakseimbangan dan pemusatan kuasa melampau serta hala tuju sebenar pentadbiran negara.”

Pada saya, ini jelas percubaan kelirukan penta’sub PAS dan meracuni pemikiran mereka dengan retorika bersempadankan perkauman ekstrimis.

Loading...

Terdahulu, saya menulis:

Terus terang lah, persekitaran pembangkang pakar putarbelit, petik dalil dan alih perhatian daripada kerosakan dan kebinasaan yang sedang menimpa diri sendiri, termasuk keparahan moral dan prinsip yang sedang memakan diri.

Mereka dah pecah teruk gara-gara bergaduh dan tikam menikam babak kuasa dan kedudukan, dan mereka ketandusan strategi sehingga terpaksa terjebak dalam gejala “serang kerajaan” untuk alih perhatian, sekalipun serangan itu tersasar dari landasan kebenaran dan kerap kali bersalut fitnah dan berbaur perkauman lampau, sepertimana dalam isu rombakan kabinet.

SAYA SERU RAKYAT MALAYSIA YANG BERFIKIRAN WARAS UNTUK TOLAK SIKAP EKSTRIMISME DAN RASIS PAS PADA PRU16

Malaysiakini menulis (komen saya di bawah):

PAS membangkitkan isu etnik ataupun kaum dalam pelantikan menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya yang masing-masing disandang oleh ahli Parlimen berbangsa Cina.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata lebih membimbangkan lagi pelantikan ini tidak berlandaskan merit atau keperluan dasar, tetapi susulan tekanan dan tawar-menawar politik.


Komen saya:

Terus terang lah, bila kita kaji pelantikan kabinet, lazimnya, kajian komposisi adalah secara keseluruhan dan tidak pernah menumpu kepada mana-mana ‘kawasan’ atau ‘wilayah’ sebelum ini.

Hakikatnya, pengaruh Umno makin kuat menerusi rombakan terbaru, manakala pengaruh DAP dilihat makin lemah secara keselurhannya.

Contohnya, Steven Sim dari DAP telah diberikan portfolio yang lebih kecil, daripada Kementerian Sumber Manusia ke Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Manakala itu, Johari Ghani dari Umno mengambil alih Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, yang merupakan portfolio cukup penting, lebih-lebih lagi jika kita memikirkan kemajuan Industri-Industri kecil dan sederhana yang berkait dengan masyarakat Melayu-Islam dan/atau Bumiputrra-Muslim.

Begitu juga, Noraini Ahmad dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh menerusi lantikan sebagai Menteri perladangan dan komoditi, dan ini mampu membawa kesan positif kepada ekonomi Melayu menerusi perlaksanaan dasar dasar yang sesuai, memandangkan sektor perladangan dan komoditi banyak melibatkan masyarakat Melayu-Islam.

Banyak lagi contoh yang menggambarkan peningkatan pengaruh Umno dan pelemahan ‘pegangan’ DAP menerusi rombakan terbaru ini.

Tetap PAS tetap mencari jalan untuk melihat rombakan ini menerusi kaca mata perkauman dan menimbulkan naratif bersempadankan rasisme yang pada saya cukup ekstrim untuk meracuni pemikiran penta’asub mereka.

Berdasarkan laporan Malaysiakini, PAS membayangkan pelantikan menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya, yang kini masing-masing disandang oleh ahli Parlimen berbangsa Cina, sebagai satu ‘kebimbangan’.

Portal itu memetik Takiyuddin sebagai berkata:

“PAS memandang serius rombakan kabinet yang diumumkan perdana menteri semalam, terutama pelantikan Hannah Yeoh (DAP) dan Su Fui (GRS) sebagai menteri dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, selain pengekalan jawatan menteri perumahan dan kerajaan tempatan di tangan seorang lagi pemimpin DAP.

“Kebetulan, ketiga-tiga mereka adalah daripada latar belakang etnik yang sama.

“Perlu ditegaskan bahawa Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan – bukanlah wilayah atau portfolio biasa, sebaliknya ia mewakili jantung politik dan pentadbiran negara.

“Justeru pemusatan pentadbiran strategik bandar, kerajaan tempatan, perumahan dan pihak berkuasa tempatan di tangan pemimpin daripada sebuah parti dan etnik boleh menimbulkan persoalan besar, sah dan tidak dapat dielakkan berkait isu-isu ketidakseimbangan dan pemusatan kuasa melampau serta hala tuju sebenar pentadbiran negara.”

Ya, dalam pada rombakan Kabinet lebih memihak UMNO, PAS berjaya petik dari angin satu naratif bersempadankan rasisme dan ekstrimisme yang mampu meracuni pemikiran penta’asub mereka, di mana naratif ini hanya bersandar kepada satu ‘persoalan’ yang bersalut syak wasangka dan buruk sangka terhadap pemimpin kaum Cina dari DAP, tanpa berserta sebarang rasional atau bukti kukuh.

Saya seru masyarakat Malaysia yang berfikiran waras untuk tolak PAS pada PRU16, kerana ektrimisme perkauman adalah di luar kawalan dan mampu menjahanamkan negara di jangka masa panjang.

Makin hari, makin ramai di luar sana sedar akan perkara ini, berdasarkan perbualan saya dengan golongan Melayu-Islam muda selama lebih setahun.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...