Federalisme Malaysia: Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Pusat?

Salleh Said Keruak

1. Malaysia adalah sebuah negara persekutuan (federal).  Ciri utama negara persekutuan ialah pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan.




2. Negara kesatuan pula adalah negara yang diselenggarakan oleh satu kesatuan tunggal, iaitu kerajaan yang mempunyai kuasa tertinggi.  Wilayah-wilayahnya hanya menjalankan kekuasaan seperti yang dibenarkan oleh kerajaan pusat sahaja.  Ini bermakna kerajaan pusat berkuasa untuk meluaskan, menyempitkan atau menghapuskan kuasa kerajaan wilayah.

3. Penjelasan ini merumuskan satu perkara: Kerajaan pusat ini hanya sesuai dipanggil untuk negara kesatuan sahaja.  Bagi negara persekutuan, panggilannya yang betul ialah kerajaan persekutuan kerana ia menjadi kerajaan kepada semua wilayah dalam persekutuan, bukannya memiliki semua kuasa seperti mana dalam sistem kesatuan.  Dalam sistem persekutuan, terdapat bidang-bidang tertentu yang kuasanya berada di tangan wilayah (negeri).

4. Oleh sebab itulah, dalam konteks Malaysia, jika ada pihak yang mendakwa kerajaan pusat mengawal kuasa negeri, itu adalah dakwaan yang tidak betul.  Ciri utama negara persekutuan ini ialah demokrasi dan ‘unity in diversity’, bukannya seperti sistem kesatuan yang mana semua sumber kuasanya adalah terletak di tangan kerajaan pusat.

5. Akhirnya, dalam sistem persekutuan, tidak tepat kita memanggil kerajaan Malaysia sebagai kerajaan pusat, sebaliknya yang tepat ialah kerajaan Persekutuan. Ini kerana kerajaan Malaysia adalah milik semua rakyat dalam negara Persekutuan Malaysia.

Source: sskeruak.blogspot.my



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...