FIC akan bincang tindakan saman Rafizi hari ini

“Dia (Rafizi)  daripada dulu pun banyak perkara yang dibina sebuah andaian yang dia percaya bahawa ia adalah benar”

KUALA LUMPUR (24th Oct 2017): Ahli Lembaga Pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) akan bermesyuarat esok bagi melihat keperluan untuk syarikat untuk menyaman Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli setelah mendakwa syarikat berkenaan mewujudkan satu syarikat baru di London.




Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan dakwaan yang dibuat Rafizi semalam sebagai fitnah besar, bukan sahaja terhadap syarikat itu, malah mewujudkan tanggapan buruk dikalangan golongan peneroka.

“Esok FIC akan mengadakan  mesyuarat lembaga pengarah.

“Saya juga diberitahu mereka (FIC) juga akan bincang tentang apa yang didakwa  Rafizi kononnya ada penyelewengan pembelian Hotel Grand Plaza Kensington itu bukan milik syarikat  FIC dan ditubuhkan syarikat baru yang didaftarkan di British Virgin Islands (BVI) yang dinamakan FIC London Hotel (Private) Limited.

“Esok FIC akan bincang untuk (saman) sebab kes ini serius, tidak ada syarikat baru didaftarkan sebab syarikat yang disebut ditubuhkan adalah milik FIC jadi apa perlu kita tubuh syarikat baru, sebab itu saya nak nyata dari keputusan pihak FIC nak ambil tindakan undang-undang juga akan diputuskan pihak syarikat,” katanya di sesi penjelasan kepada pemberita di Bilik Media Parlimen, petang tadi.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR mendakwa bahawa anak syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) hanya didaftarkan pada 13 Oktober iaitu pada hari yang sama beliau membuat pendedahan mengenai firma itu tidak memiliki hotel di London.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dengan berkata ia adalah salinan dokumen pendaftaran syarikat yang disahkan oleh peguam di London sebagai salinan sebenar pada 13 Oktober.

Rafizi pada pada tarikh berkenaan mendakwa Hotel Grand Plaza Kensington dimiliki syarikat yang didaftarkan di British Virgin Islands (BVI) yang dinamakan FIC London Hotel (Private) Limited.

Loading...

Rafizi mendakwa bahawa BVI FLH tidak dimiliki oleh FIC atau Felda.

Rafizi kemudiannya turut mendakwa oleh kerana Felda tidak mengawal BVI FLH, RM330 juta yang dilaburkan di Hotel Grand Plaza Kensington mungkin telah diselewengkan sepenuhnya.

Shahrir kemudiannya berkata dakwaan Rafizi yang dibuat menerusi siaran langsung Facebook itu juga hanya berdasarkan maklumat palsu  dengan merujuk kepada laporan media.

“Ini maklumat palsu berasaskan kepada berita yang tidak tepat  sebagai seorang pakar dia (Rafizi) kena menentukan maklumat yang betul sebelum membuat kenyataan,” katanya.

Razali yang turut serta dalam sidang media itu  juga menyelar tindakan Rafizi dan mengingatkan orang ramai tidak terpengaruh dengan kenyataan beliau.

“Dia (Rafizi)  daripada dulu pun banyak perkara yang dibina sebuah andaian yang dia percaya bahawa ia adalah benar.

“Kita ambil contoh Tabung Haji dia bina satu cerita ada pendeposit bawa keluar duit, NFC sampai ke mahkamah dia putuskan bahawa apa yang dicerita itu tidak betul dan Felda termasuk 1MDB dibina satu cerita disebabkan maklumat yang diperolehi sebab dia obses, sebab mungkin dia rasa dia yang terbaik dalam percukaian di negara ini,” tegasnya.

Sumber: Antarapos



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...