
فيتچه سولوشنس: ريسيكو ڤوليتيك د مليسيا تروق، كسن بوروق ڤد كستابيلن سوسيال
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Organisasi penilaian kredit terkemuka Fitch Solutions mendapati risiko politik di Malaysia teruk berdasarkan rasa tidak puas hati rakyat dengan cara kerajaan menangani wabak Covid-19.
Dalam satu catatan, Fitch medapati bahawa keadaan ini akan meningkatkan lagi risiko politik yang sudah mendalam di Malaysia, sekaligus memberikan kesan buruk terhadap penggubalan dasar kerajaan, kesinambungan dasar serta kestabilan sosial.
Fitch Solutions juga berkata kemarahan masyarakat dapat mempengaruhi perpaduan pemerintah Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menjangkakan fenomena tuding-menuding jari menjelang pilihan raya umum ke-15.
Oleh itu, Fitch Solutions mengubah skor indeks risiko politik jangka pendeknya untuk Malaysia kepada 65.2 daripada 100, daripada 66.7 sebelumnya untuk menggambarkan risiko ini.
PETALING JAYA: Organisasi penilaian kredit terkemuka Fitch Solutions mendapati risiko politik di Malaysia teruk berdasarkan rasa tidak puas hati rakyat dengan cara kerajaan menangani wabak Covid-19.
Dalam satu catatan, Fitch medapati bahawa keadaan ini akan meningkatkan lagi risiko politik yang sudah mendalam di Malaysia, sekaligus memberikan kesan buruk terhadap penggubalan dasar kerajaan, kesinambungan dasar serta kestabilan sosial.
Menurut Fitch lagi, rasa tidak puas hati timbul dari peningkatan dalam penularan kes Covid-19 ke tahap hampir 10,000 sambil mengharungi pelbagai ‘lockdown’ dan arahan yang mengelirukan tatkala selebriti dan ahli politik melanggar arahan-arahan ini.
Fitch Solutions juga berkata kemarahan masyarakat dapat mempengaruhi perpaduan pemerintah Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menjangkakan fenomena tuding-menuding jari menjelang pilihan raya umum ke-15.
Oleh itu, Fitch Solutions mengubah skor indeks risiko politik jangka pendeknya untuk Malaysia kepada 65.2 daripada 100, daripada 66.7 sebelumnya untuk menggambarkan risiko ini.
Fitch menambah, keadaan yang semakin buruk – walaupun pengumuman Darurat Januari lalu dikatakan bertujuan untuk mengatasi gelombang pandemik ketiga – adalah faktor yang yang memburukkan lagi rasa tidak puas hati pengundi.
“Memang, persepsi cenderung berubah secara signifikan terhadap Muhyiddin, dan Muhyiddin berkemungkinan besar akan cuba menangkis tantangan terhadap pemerintahannya, ”katanya.
THE THIRD FORCE
Diterjemah dan disunting daripada laporan asal oleh The Edge Markets
WAJIB BACA:
LIVE 10 MALAM: KERAJAAN PN/BN – DI MANA SILAPNYA?
Loading...
