Flashback: Fitnah PKR terhadap bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Lim Sian See

Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah.

Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri.

Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.

Ketika itu, Khalid turut mengarahkan pembantunya untuk menyerahkan laporan PKR berkenaan kaitan pemimpin PKR dengan urusniaga yang meragukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang memohon badan tersebut untuk menyiasat dakwaan parti – lalu menjadi orang pertama (dan masih satu-satunya) orang di Malaysia yang meminta diri beliau disiasat untuk kes rasuah.

Setahun kemudian, selepas Khalid diturunkan dari jawatan MB Selangor, Khalid menang saman malunya terhadap PKR apabila bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.

Permohonan maaf itu adalah tanpa syarat dan PKR mengakui setiap tuduhan dan dakwaan terhadap Khalid adalah tidak benar dan berniat memfitnah.

“…dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor.

“Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI. ”

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut.”
____________________________________________________________

Dengan sifat tidak malu dan bermuka tebal, Rafizi Ramli dan PKR telah mengeluarkan satu siri tweet mengatakan yang Khalid Ibrahim dan PKR telah memohon maaf terhadap satu sama lain dan Khalid telah menarik balik saman malu tersebut!!

https://twitter.com/rafiziramli/status/632036888203821056

https://twitter.com/KEADILAN/status/632123254543519744

Khalid tidak menarik balik saman tetapi menerima permohonan maaf tanpa syarat itu sebagai penyelesaian.

Dan kononnya terdapat satu permohonan maaf Khalid terhadap PKR, ini dia. Sila baca dan ketawa. http://goo.gl/oR8omB

Bagaimana PKR dan Rafizi boleh menyalah anggap ‘maaf zahir dan batin’ sempena hari raya sebagai permohonan maaf, saya tak tahu. Putarbelit yang sungguh memalukan.

Sumber: Lim Sian See

Comments

Comments