Flashback: Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB – IGP

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata daripada siasatan, Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low juga tidak pernah bekerja di 1MDB dan didapati semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarahnya.




KUALA LUMPUR: Siasatan polis setakat ini mendapati tiada keterangan kukuh untuk mengaitkan Low Taek Jho dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh syarikat pelaburan strategik, 1 Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata daripada siasatan, Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low juga tidak pernah bekerja di 1MDB dan didapati semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarahnya.

“Polis sudah menjalankan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan kedapatan dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016.

“Walau bagaimana pun, sekiranya polis memperoleh sebarang bukti baharu terhadap Taek Jho, tindakan yang sewajarnya menurut undang-undang akan diambil,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Fuzi berkata, tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) (DoJ) merampas kapal Equinimity di Indonesia yang didakwa dimiliki oleh Taek Jho adalah satu tindakan perlucutan hak sivil di Mahkamah AS terhadap Taek Jho dan bukan terhadap 1MDB.

“Pihak polis juga tidak menerima sebarang makluman daripada pihak berkuasa Indonesia atau Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung rampasan kapal layar Equainimity di perairan Indonesia pada 28 Februari lalu.

“PDRM juga tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi membantu dalam siasatan berkaitan kapal layar berkenaan,” katanya.

Loading...

Source: Berita Harian Online



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...