[Flashback] Lim Kit Siang dakwa DAP dituduh anti-Islam sebab tidak sokong Hadi sebagai perdana menteri

Lim memberitahu bahawa DAP dituduh anti-Islam dan anti-Melayu kerana partinya enggan menyokong Hadi sebagai perdana menteri. Sumber (gambar): Fail TTF

ليم كيت سياڠ دعوا دڤ دتودوه انتي-اسلام سبب تيدق سوكوڠ هادي سباڬاي ڤردان منتري

Pada 22hb Januari 2020, Lim Kit Siang mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi kepimpinan PAS bertemunya untuk membincangkan soal perdana menteri pada pilihan raya umum ke-13, ketika DAP dituduh anti-Islam menuju hari mengundi di pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Menurut Lim, pemimpin PAS bertemunya untuk membincangkan calon perdana menteri gabungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak sesuai.

Lim menyuarakan rasa bersyukurnya Pakatan Rakyat tidak memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2013, kerana negara akan terjerumus ke dalam krisis perlembagaan sekiranya Hadi mahu menjadi “kingmaker” dan menukar sokongan PAS.

“Hadi lupa di masa kegemilangan PR, dia berkata haram mengundi Umno dan setiap ahli dan penyokong PAS wajib mengundi DAP,” katanya lagi.


PETALING JAYA: Pada 22hb Januari 2020, Lim Kit Siang mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi kepimpinan PAS bertemunya untuk membincangkan soal perdana menteri pada pilihan raya umum ke-13, ketika DAP dituduh anti-Islam menuju hari mengundi di pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Menurut Lim, pemimpin PAS bertemunya untuk membincangkan calon perdana menteri gabungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak sesuai.




“Pemimpin PAS agak licik kerana tidak mencadangkan Hadi harus menjadi calon perdana menteri, dan secara diplomatik mencadangkan calon yang sesuai adalah veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh FMT (KLIK DI SINI ATAU LIHAT SCREEN CAPTURE DI BAWAH)

.

“Apabila pemimpin DAP membantah dan bertegas Anwar harus terus menjadi calon PR, dan kami tidak mencadangkan Hadi sebagai calon, pemimpin PAS mengugurkan subjek itu kerana tahu DAP tidak akan menyokong Hadi sebagai perdana menteri dan cadangan menggantikan Anwar tidak lagi ditimbulkan.”

Perkara itu kemudian dinafikan oleh Hadi Awang yang berkata, Pas tidak pernah mencalonkan diri untuk menjadi Perdana Menteri, atau menggelarkan diri sebagai Perdana Menteri menanti.

Sepintas lalu, apabila PAS memutuskan untuk berpisah dari Pakatan Rakyat, pelbagai alasan dilontarkan oleh Hadi, termasuk isu Langkah Kajang dan layanan DAP terhadap PAS.

Tetapi menurut FMT, Lim memberitahu bahawa DAP dituduh anti-Islam dan anti-Melayu kerana partinya enggan menyokong Hadi sebagai perdana menteri.

Lim menyuarakan rasa bersyukurnya Pakatan Rakyat tidak memenangi majoriti kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2013, kerana negara akan terjerumus ke dalam krisis perlembagaan sekiranya Hadi mahu menjadi “kingmaker” dan menukar sokongan PAS.

Loading...

“Hadi lupa di masa kegemilangan PR, dia berkata haram mengundi Umno dan setiap ahli dan penyokong PAS wajib mengundi DAP,” katanya lagi.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

This is how Muhyiddin’s cookie will crumble…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...