Forum Statut Rom: Forum kearah menghapuskan sistem Beraja!! 

Dato’ Razlan Rafii

Saya menghadiri sendiri Forum Statut Rom yang dianjurkan oleh Aktivis Pelajar di Universiti Malaya.

Saya mendengar dengan teliti setiap perbentangan Ahli Panel, setiap panel bercerita tentang bagaimana Statut Rom ini di salah tafsir oleh 4 orang Profersor.




Suasana audian juga begitu teruja apabila setiap kali para panel mengeluarkan perkataan “Stupid” dan mengelar 4 Profersor ini sebagai Profersor “kangkung”

Forum diadakan Universiti Malaya, yang sepatutnya berbincang dengan penuh ilmiah, mereka mengelar forum intektual, namun apa yang keluar dari mulut mereka “Stupid” “Misleading” “Kangkung”!

Tommy Thomas berulang kali menyalahkan Kerajaan BN dengan tuduhan kerajaan BN sudah bersetuju dahulu dan kenapa sekarang membantah dan Prof Shad Saleem Faruqi pula menuduh pemimpin BN ada udang di sebalik batu.

Tommy Thomas tidak menjawab dengan jujur, beliau tahu bahawa Statut Rom sudah dikaji oleh Kerajaan BN namun tidak di menterai kerana pada ketika itu, Peguam Negara menasihat agar tidak di tandatangani kerana terdapat banyak masalah.

Setiap Panel dalam forum ini menjurus kearah meracuni pemikiran kearalah  audian untuk membenci raja-raja Melayu.

Shiekh Husain berkata, sistem diraja dalam dunia, paling ramai raja adalah di Malaysia, sambil menunggu audian ketawa, beliau juga menuduh raja-raja sudah melanggar Perlemgaan Negara dan menuduh Raja-Raja Merompak hasil Negara, audian yang mejoriti berfikiran sama dengan para panel menyambut dengan ketawa dan sorakan.

Semasa penutup, mereka menghentam Kerajaan BN yang dikatakan Kleptokrasi dan Statut Rom ini boleh mengembalikan nama baik Negara, apa kena mengena Perjanjian ini dengan membersihkan negara di peringkat Antarabangsa?

Sheikh Husain, membacakan satu posting didalam Facebook, status itu menceritakan ada tuduhan yang dibuat kepada Istana Johor terhadap kehilangan orang asing, menuduh istana johor terlibat didalam jenayah ini, beliau menyatakan sebab ini lah istana takut untuk meretifikasi Statut Rom. Sambil berkata, saya harap ianya tidak benar.

Majlis Raja-raja harus mengambil tindakan terhadap Penganjur dan Sheikh Husain kerana membuat tuduhan melulu kepada Raja-Raja Melayu. Penganjur juga dengan niat mahu memalukan Majlis Raja-raja dengan tuduhan Keras.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...