G25 songsang akidah, amaliyyah dan akhlak, ancaman besar kepada kedaulatan Islam

Raggie Jessy Rithaudeen

ڬ25 صح سوڠسڠ ساري سڬي عقيدة، عمليييه دان اخلاق، انچمن كڤد كدولتن اسلام

Tindakan terbaru kumpulan bekas penjawat awam G25 mempertikai penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia merupakan bukti keruntuhan nilai peradaban Islam di bumi Malaysia dan usaha puak liberal pro-DAP mencabar kedaulatan Islam di Tanah Air.




Kalau sebelum ini G25 mendakwa “Pengenaan undang-undang hudud PAS akan memberi isyarat kepada dunia bahawa Malaysia telah meninggalkan jalan kesederhanaan,” kini pula mereka mendakwa penubuhan Jakim dan Majlis Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) tidak menurut Perlembagaan.

Kesemua ini pembohongan belaka.

Pertamanya, tidak wujud pun dalam agama Islam istilah “undang-undang Hudud” sepertimana diwar-warkan oleh G25 dan dipopularkan oleh DAP. Sesiapa yang benar-benar menghayati maksud sebenar Sharia Islam tahu, bahawa yang wujud hanyalah hukuman Hudud (sebagai cabang kepada undang-undang Jenayah Islam/Syariah), bukannya undang-undang Hudud.

Hukuman Hudud adalah berdasarkan prinsip “had” sepertimana ianya diturunkan menerusi al-Qu’ran dan diperjelaskan menerusi Hadis yang memperincikan maksud “jenayah terhadap Allah”.

Antaranya adalah jenayah zina, mukah, homoseks, qazaf (menuduh orang atas persetubuhan haram tetapi gagal menyampaikan empat saksi Muslim),murtad, pengambilan khamar (minuman keras), bughat (penderhakaan), menyamun dan mencuri.

Hakikatnya, undang-undang yang menetapkan jenis hukuman yang wajar dikenakan bagi kesalahan-kesalahan tersebut dikenali sebagai undang-undang Jenayah Islam/Syariah, bukannya undang-undang Hudud.

Saya percaya Melayu-Islam yang menerajui G25 tahu benar akan perkara ini tetapi terus menggunakan istilah “undang-undang Hudud” biarpun tahu istilah tersebut kerap dikaitkan oleh pihak-pihak tertentu dengan “hukuman potong tangan dan kaki.”

Loading...

Saya percaya semua ini dilakukan dengan dengan niat ‘meliberalkan’ Islam di Malaysia menerusi penyemaian perasaan “takut kepada undang-undang Islam” di kalangan masyarakat majmuk, termasuk mereka yang beragama Islam.

Malah, G25 kerapkali sehaluan dengan DAP dan disokong oleh penasihat kehormat parti berkenaan, iaitu Lim Kit Siang.

Bukan hanya Kit Siang pernah memuji G25 berhubung pendirian kumpulan berkenaan tentang “undang-undang Hudud,” istilah tersebut mula-mula dipopularkan oleh DAP sendiri.

Terbaru, G25 cuba mempertikaikan penubuhan Jakim dan MKI biarpun Artikel 12 Perlembagaan Persekutuan jelas membenarkan penubuhan institusi-institusi sedemikian.

Memandangkan keanggotaan G25 keseluruhannya terdiri daripada mereka yang bergelar Melayu-Islam, maka wajarlah Jabatan Agama bertindak segera membawa mereka ke muka pengadilan berlandaskan perundangan Syariah.

Ini memandangkan tindak-tanduk kumpulan tersebut bukan hanya mampu mengeruhkan lagi iklim perkauman di negara ini, ianya mampu menjurus ke arah keruntuhan satu peradaban Islam yang unggul d bumi Allah ini.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa G25 songsang dari segi akidah, amaliyyah dan akhlak serta jelas merupakan ancaman kepada kedaulatan Islam di negara ini.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...