G3 akan menghala ke Pulau Pinang sebelum hujung bulan ini

Oleh Sazali Yunus

AMPANG: Satu mesyuarat Lembaga Pengarah Kebangsaan (LPK) Gagasan Tiga (G3) yang berlangsung semalam memutuskan untuk melancarkan satu siri jelajah merangkumi beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia bagi menerangkan misi dan visi G3.

Apabila ditemui, Pengerusi G3, Raggie Jessy Rithaudeen, memaklumkan bahawa siri jelajah tersebut akan bertumpu di utara buat masa ini dan akan bermula di Pulau Pinang, iaitu negeri yang dianggap umum sebagai pengkalan operasi strategik parti DAP.

“DAP, yang kami kira adalah musuh tegar kaum Melayu-Islam, telah lama bertekad untuk menawan Pulau Pinang dengan tujuan menjadikan negeri tersebut ‘base’ mereka.




“Pada tahun 2008, parti pemusnah perpaduan bangsa dan negara tersebut akhirnya berjaya tendang keluar Barisan Nasional dari tampuk kepimpinan negeri dan terus memulakan operasi memecah-belahkan kaum Melayu-Islam di sana.

“Justeru itu, kemaraan kami ke utara adalah bagi menyampaikan mesej kepada Bangsa DAP, bahawa berwaspadalah, kami sudah sampai,” kata Rithaudeen.

Apabila ditanya, Rithaudeen enggan memberikan tarikh sebenar siri jelajah tersebut bakal dilancarkan.

“Terlalu awal bagi saya membuat pengumuman.

“Saya hanya boleh sahkan bahawa ianya bakal berlaku sebelum hujung bulan ini.

“Apapun, biarlah LPK bersidang sekali lagi bagi mengenalpasti tarikh tepat pelancaran tersebut.”

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...